Awat naik tahun depan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 27, 2011

Awat naik tahun depan?

Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan
Tah berapa nak naik pulak kali ni. Dah la sebelum-sebelum ni cukup susah kalau nak dapatkan insurans 3rd party. Ramai yang cari 3rd party bukan nya depa tak sedar risiko gunakan insurans jenis tu, depa sangat-sangat sedar.

Tapi, kalau dah nak soru pun jenuh kena pekin, apa lagi boleh dibuat. Habih-habih pun, berdoalah saja banyak-banyak mintak jangan eksiden, atau jadi apa-apa kat kenderaan tu.

Kalau tahun depan naik pulak bayaran insurans, aku rasa makin banyak la kenderaan yang takdak roadtex. Nak renew macamana kalau nak beli cover insurans tak mampu.

Standard la kerajaan akan keluarkan kenyataan kata kenaikan tu tak membebankan, memang la bagi depa tak membebankan tapi untuk rakyat marhaen depa bukan peduli.

Tapinya, yang aku sikit mushkilnya, awat pulak mula naik tahun depan? Aku yakin, tak lain tak bukan pasai tahun ni berkemungkinan besar akan ada PRU13. Kalau naik tahun ni, ramai la kut yang mungkin ada cita-cita nak mengundi Umno BN berubah hati pulak.

Tapi, yang lagi aku mushkil, awat la Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia tu gatai sangat bagitau awai-awai. Nanti lepas PRU13 la bagitau. Tambah pulak dah tak berapa hari saja lagi nak ada PRK di Merlimau dan Kerdau. memang tak mesra Umno BN langsung.

Mungkin dia ni saja nak bagi Umno BN marah kut. Patutnya dia umumkan benda tu lepas PRK habih la paling kurang pun. kalau tak larat nak tunggu lepas PRU13 yang entah bila. Lagi pun, PRK kali ni kemungkinan besar PRK terakhir, lepas ni takdak dah PRK, kecuali dalam masa terdekat ni ada lagi wakil rakyat yang mati.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...