Apa cerita dengan wanita Umno Jasin dan wanita Umno Merlimau? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 27, 2011

Apa cerita dengan wanita Umno Jasin dan wanita Umno Merlimau?

Katanya masa hari penamaan calon hari tu, langsung tak nampak muka.

KeadilanDaily melaporkan:    
Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Misban, berkata Wanita Umno Bahagian Jasin turut menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

"Sejak pagi tadi, saya tidak nampak kelibat Ketua Wanita Umno, Zaleha Bujang dan Wanita Jasin mahupun Wanita Merlimau memberi sokongan kepada calon mereka.

"Mereka boikot calon sendiri kerana kecewa golongan wanita tidak dipilih setiap kali pilihan raya kecil. Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Wanita turut diangkat seperti calon, contohnya Normala Sudirman," katanya.

Zaleha sebelum ini menyatakan kepada beberapa media, mengatakan rasa tersinggung kerana Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon sekaligus dianggap mengetepi sumbangan dan peranan wanita. - Keadilandaily/
Aku yakin bilik gerakan depa yang katanya ditutup hari tu pasai protes dah bukak balik dah. Biasa la, memang standard puak-puak bermazhab Umno ni, marah depa sekejap saja. Senang sangat nak redakan kemarahan depa. Walau marah macamana sekali pun, bila turun berketul-ketul kertas dengan gambar 'kepala agong' redalah marah depa.

Tentu punya dalam pertemuan petang penamaan calon tu antara Ali Rustam dengan Wanita Umno Jasin, ada habuan yang dijanjikan, malah aku yakin bukan setakat janji kosong saja, tapi dia bawak turun 'kepala agong' sekali.

Mungkin ada yang heran, pasai apa muslimat PAS langsung tak berbunyi bila calon yang disebut-sebut ramai sebelum ni, Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Kintan Man merangkap Exco Muslimat Pusat tak dipilih sebagai calon.

Langsung takdak bunyi depa protes, malah markaz muslimat di Merlimau semakin meriah. Bukan takat markaz Muslimat pusat, tapi markaz muslimat negeri-negeri jugak tak pernah kosong dengan petugas muslimat.

Takkan muslimat PAS takut dengan muslimin kot. Sedangkan dari segi gerakerja pilihanraya terutama sekali dalam bab ziarah rumah ke rumah dan merayu undi, gerakerja muslimat sentiasa melebihi gerakerja muslimin. Malah kalau nak dibandingkan dengan gerakerja wanita Umno pun gerakerja muslimat PAS jauh kedepan walaupun tanpa habuan 'kepala agong' macam wanita Umno dapat.

Bagi yang ada heran, suka aku nak bagitau, memang tak sesuai nak bandingkan antara wanita Umno dengan muslimat PAS. Nak banding macamana kalau memang dari asasnya pun tak sama.

Kalau nak tau apa bezanya, cuba pi rapat sendiri dengan depa. Untuk orang perempuan saja la. Kalau yang lelaki tak payah la cuba nak rapat. Kalau nak tau jugak, boleh suruh bini (atau bini-bini) hangpa pi rapat dengan muslimat PAS. Senang-senang ja hangpa akan dapat jawapan dia.

Macam hujjah-hujjah ang pernah aku bentangkan dalam posting sebelum ni, aku sebenarnya memang mengharapkan PAS letak calon dari kalangan muslimat jugak di PRK Merlimau ni. Dan jugak macam yang aku ada tulis sebelum ni, aku memang mengharapkan PAS amanahkan Ust Nasha, Timbalan Presiden sebagai pengarah PRK Merlimau menggantikan Ust Tuan Ibrahim yang ditukar jadi pengarah PRK Kerdau.

Tapi, nak buat macamana, keputusan muktamat ada di tangan Presiden PAS. Tentu depa dah tengok dan kaji baik buruknya dan memillih Yuhaizad Abdullah sebagai calon dan Ust Halim Abdul Rahman sebagai pengarah.

Apa pun, terlepas lagi peluang kita nak tengok perlawanan antara calon muslimat PAS dengan calon wanita Umno.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...