Edyes tulis:Walaupun aku setakat kenal nama dan muka saja Din Binjai ni, takat pernah bersalam sekali ja kut dulu masa program ceramah sapa tah kat Seberang Jaya dan aku rasa dia tak kenal pun aku sapa, tapi aku dekat dan terpanggil untuk sama-sama bantu apa yang boleh.
Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger? (baca sepenuhnnya di sini)Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.
Tak cukup setakat kita nyatakan sokongan dalam blog sahaja. Saya harap blogger-blogger yang prihatin dapat berkumpul. Nanti saya bincang dengan Edyes nak buat lagu mana.
Sementara itu, tolonglah sebarkan apa yang berlaku kepada Din kepada yang lain. - Penarikbeca
Kalau ada apa-apa yang rasa aku boleh bantu, tolong bagitau, insyaallah kita pakat-pakat tolong. Lagi pun kalau bab nak melawan Umno BN ni, sapa pun, memang aku berminat nak tolong selagi boleh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis