KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik saranan agar Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melaksanakan daftar pengundi secara automatik, berbanding kaedah konvensional yang dilaksanakan kini.Heran jugak aku pasai apa tiba-tiba Dr. Mahathir boleh setuju pulak dengan candangan tu. Padahal cadangan tu bukannya baru. Masa dia jadi PM dulu pun PAS dah buat cadangan macam tu. Masa PRU1999 dulu, berapa ramai yang tak boleh mengundi pasai baru mendaftar dan nama depa tak sempat masuk dalam daftar pemilih.
Beliau, bagaimanapun, menegaskan apa yang lebih penting adalah sikap pengundi sendiri mempunyai kesedaran untuk keluar mengundi. - SH
Mungkin betul kut Dr. Mahathir ni dah jadi pelupa kalaupun mungkin belum sampai tahap nyanyuk.
Sebelum ni dalam buku yang terbaru dia ada tulis bukan dia yang arahkan polis buat Operasi Lalang, ramai yang tak percaya dan kata Dr. Mahathir dah jadi pelupa.
Dia jugak ada kata yang dia pernah jumpa pemimpin pembangkang dan bagitau yang depa takkan ditahan, ramai yang minta Dr. Mahathir bagitau sapa pemimpin pembangkang yang dia jumpa tu. Sampai hari ni Dr. Mahathir belum jawab. Mungkin betul kut dia dah jadi pelupa. Lupa dengan siapa sebenarnya dia jumpa.
Apa pun, kalau Najib terima pendapat Dr. Mahathir pasai cadangan pendaftaran pengundi secara automatik tu cantik jugak. Mungkin sebalum ni Najib tak terima cadangan tu pasai pembangkang yang cadangkan. Tapi bila Dr. Mahathir pun setuju, mungkin Najib akan meneliti balik cadangan tu.
Sebenarnya cadangan pendaftaran automatik tu tak semestinya merugikan Umno. Malah, kalau tanya aku, aku lebih percaya cadangan tu akan lebih menguntungkan Umno BN. Yang mungkin nampak rugi pun mungkin akan menyebabkan peratus turun mengundi turun dengan drastik.
Dari segi kalau nak menipu dan buat penyelewengan, pendaftaran secara automatik ni lagi mudah. Tambah pulak JPN memang selama ni pun dilihat bertindak macam 'anjing Umno BN'. Memang senang sangat dan pembangkang pun tak boleh nak buat apa.
Lagi pun, kalau laksanakan daftar pengundi secara automatik, banyak duit boleh kerajaan jimat. Kerajaan pun bukannya banyak duit sangat sekarang ni. Duit yang dijimatkan tu, boleh la dibuat modal untuk beli undi masa pilihanraya.
Walaupun aku yakin Umno BN akan lebih mudah menyeleweng kalau laksanakan daftar pengundi secara automatik tapi aku masih sangat-sangat sokong. Pasainya kurang la sikit kerja yang orang-orang macam aku kena buat, walaupun sebenarnya orang-orang macam aku tak buat kerja tara mana pun.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis