Sinar Harian juga difahamkan oleh sumber rapat Pas Kawasan, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, juga antara nama yang disebut-sebut layak menjadi calon Pas.Walaupun ada jugak kebarangkalian Ketua Pemuda PAS, Ust Nasruddin Tantawi dipilih jadi calon di PAS di PRK Kerdau tapi aku tak rasa nama dia akan dipilih.
Di samping itu, nama Naib Presiden Pas Pusat, yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat oleh beberapa pemerhati politik tempatan, berkemungkinan terdapat dalam senarai calon itu. - SH
Kalau ikut trek rekod PRK Dun sebelum-sebelum ni kecuali di Bagan Pinang, semua calon PAs adalah dari kalangan orang tempatan. Aku yakin di PRK Kerdau pun macam tu, calon yang akan dipilih adalah dari kalangan anak tempatan.
Lagi pun, apa lebihnya kalau letak Ketua Pemuda PAS Pusat bertanding di Kerdau. Aku langsung tak rasa kalau letak Ust Nasharudin sebagai calon, dia akan menang. Bukan nak merendahkan Ketua Pemuda PAS tapi aku yakin macam tu lah realiti di atas kertas.
Lagipun, sebagai ketua Pemuda Pusat, dia ada tugas yang lebih penting iaitu mengembeling tenaga Pemuda PAS untuk menghadapi PRU13 yang besar kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat.
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man pun tentu tak akan dipilih. Takkan PAS sanggup nak burukkan nama Pesuruhjaya PAS Pahang dengan kekalahan di PRK Kerdau.
Jadinya, siapa calon PAs di Dun Kerdau? Aku pun taktau pasai selain calon PAS yang kalah kepada allahyarham Zaharuddin Abu Kassim dengan majoriti 1,615 undi, ada lagi 2 orang labi calon yang tak dinamakan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis