Masa mengulas berkenaan hal ni, Ust Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS Pusat sifatkan Gelombang Merah ni tak lebih dari sekadar angan-angan Mat Jenin.
Harakahdaily melaporkan:
PAS berpendapat hasrat BN merampas semula Kelantan dengan pelancaran Gelombang Merah bagi memikat sejumlah besar anak muda negeri itu sebagai angan-angan Mat Jenin.Aku harap PAS Kelantan tak benar-benar anggap Gelombang Merah tu sekadar angan-angan Mat Jenin. Maksud aku, PAS Kelantan kena ambil serius perkara tu, jangan sampai jadi macam Terengganu yang lemas sebab Gelombang Biru.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata beliau yakin anak muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi pusat-pusat pengajian tinggi sukar menerima BN yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara sejak lebih 50 tahun lalu.
"PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda Kelantan hanya angan-angan mat jenin sahaja. - Hrkh
PAS Kelantan khasnya dan PAS seluruh Malaysia amnya kena ambilkira kemungkinan peningkatan pengundi baru yang hampir mencecah 300,000 orang untuk suku ke-4 tahun 2010 yang dipamerkan bermula hari ni adalah sebahagian dari grand design untuk merampas semula Kelantan dan juga negeri-negeri lain yang sekarang ni di bawah Pakatan Rakyat.
TMI melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pendaftaran pemilih baru pada suku terakhir 2010, melibatkan bulan Oktober hingga Disember, meningkat secara ketara sehingga mencecah 300,000 orang – dilihat dipengaruhi ‘demam’ spekulasi pilihan raya umum dan gerakan pendaftaran secara agresif oleh parti-parti politik.Aku penuh yakin yang pertambahan yang cukup besar tu adalah sebahagian dari grand design Umno untuk menghadapi PRU13.
Perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.
Jumlah permohonan baru bagi suku terakhir tahun lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding suku pertama 2010.
Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.
“Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun keempat, Oktober hingga Disember, SPR telah menerima sebanyak 292,44 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi,” kata pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam satu kenyataan. - TMI
Jadinya, aku mengharapkan sangat-sangat agar PAS kawasan-kawasan ambil perhatian serius dengan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku ke-4 2010 ni. Aku yakin Umno ada buat sesuatu dan tugas kita nak kena kenalpasti apa yang dah Umno buat dan kena buat tindakan susulan untuk menggagalkan kerja buat Umno tu.
Aku sangat-sangat berharap PAS kawasan-kawasan semak betul-betul rang daftar tu. Kena cari betul-betul nama-nama yang nampak meragukan dan seterusnya kena buat bantahan ke atas nama-nama tu.
Kena buat jugak bantahan walaupun terpaksa keluar belanja berpuluh ribu, kalau pun untuk bayar duit yuran bantahan tu terpaksa perhabis duit yang ada yang disimpan untuk kegunaan masa PRU13 nanti. Lagi pun memang duit tu untuk kegunaan pilihanraya dan memang pun kerja-kerja berkaitan daftar pemilih ni adalah sebahagian dari kerja-kerja pilihanraya.
Apalah lagi benda yang lebih penting dalam kerja-kerja pilihanraya selain dari kita buat kerja untuk memastikan kita bersihkan daftar pemilih yang akan digunakan semasa pilihanraya semampu yang boleh.
Apa guna kita bising-bising pasai pengundi hantu masa kempen pilihanraya kalau kita sebenarnya membiarkan pengundi hantu mudah-mudah dimasukkan ke dalam daftar pemilih sebab kita tak buat semakan betul-betul dan tak buat bantahan ke atas nama-nama yang meragukan.
Dan akhir sekali, aku nak ingatkan sekali lagi yang tempoh semakan dan bantahan ni cuma 7 hari saja bermula pada hari ni Rabu 9 Februari sehingga hari Selasa 15 Februari.
Cukup ka tak cukup, memang tu saja tempoh yang SPR 'si anjing Umno' bagi untuk proses semakan dan bantahan Rang Daftar Pemilih.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis