Mohd Noor menegaskan beliau tetap bersedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS itu secara “satu lawan satu” tanpa melibatkan pihak lain.Memang haibat sungguh Ulama' Umno ni. Calang-calang orang tak berani nak cabar sampai macam tu. Siap syarat lagi kalau nak suruh dia pertimbangkan untuk tarik balik cabaran debat dia.
Sekiranya beliau bersetuju untuk bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dengan fatwa yang memecahbelahkan umat Islam dan bersetuju untuk menarik balik hubungan dengan DAP yang terkenal dengan anti Islam, dan majlis taubat itu diadakan di Masjid Muhammadi, maka saya akan bertimbangkan untuk menarik balik cadangan debat saya dengannya,” katanya. - TMI
Dalam Umno takdak dah yang lebih hebat dari dia ni, dia ni la yang paling hebat. Tambah-tambah pulak dia pernah mengaku dia boleh khasyaf. Jarang-jarang sangat kita nak dengar orang mengaku dia ada kasyaf
Kalau nak banding dengan Ustaz Nik Ajis (istilah paling lunak yang blogger pencacai Umno guna) memang tak terbanding. Kalau tak percaya boleh sahkan dengan Ustaz Saidi yang merupakan bekas pengawal Keselamatan Nik Ajis.
Setara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khair pun tak berani nak berdebat tapi Prof Madya sorang ni berani cabar Nik Ajis berdebat. Ustaz-ustaz lain dalam Umno mana ada yang berani macam dia ni.
Memang haibat dia ni, tapi cuma di mata pencacai Umno saja laa kut... Silap-silap di mata pencacai Umno pun depa tengok tak sehebat mana, tapi dah yang tu ja pun yang ada, yang berani nak berdepan dengan Nik Ajis pun.
Malangnya TG Nik Aziz tak sudi pulak nak berdebat dengan Ustaz Umno ni. Pasainya pada pandangan TG Nik Aziz, tak guna kalau dia berdebat dengan orang setakat tahap Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan. TG Nik Aziz cuma sudi berdebat dengan orang yang ada tauliah dan ada kedudukan saja.
Bukan nak berlagak, tapi memang sepatutnya pun, sebagai orang yang diberi kedudukan yang paling tinggi dalam organisasi PAS, memang tak sesuai kalau setakat nak berdebat golongan veteran Umno, tambah-tambah pulak yang terpaksa masuk geng veteran walaupun umur tak tua mana pun.
Contohnya macam kalau Hang Kebun cabar Incredible Hulk lawan bertumbuk, takkan Hulk nak terima cabaran tu kut. Taktau la kalau ada pengarah yang BANGANG sanggup buat cerita skrip macam tu. Kecuali la kalau nak buat cerita komedi.
Tapinya, lain la kalau Najib buat macam yang Pemuda PAS Kelantan cadangkan tu, lantik Ustaz Umno ni jadi Menteri di Jabatan Perdana menteri. Masa tu, mungkin la TG Nik Aziz berubah hati, sanggup nak berdebat dengan Ustaz Umno sorang ni sebab dia dah dapat tauliah dan kedudukan dalam Umno.
Yang paling aku kesian sekali, Ustaz Umno sorang ni nampak macam bangga letak pangkat Prof Madya kat depan nama dia tu. Aku tak pasti valid ka dak pangkat tu, tapi kalau valid pun, kalau aku la, malu nak guna.
Pasainya, tak berapa sesuai la ada pangkat Prof Madya kalau takdak perkataan Dr. Kalau 20 tahun dulu mungkin la boleh terima pasai masa tu masih tak ramai mana yang ada doktor falsafah. Kalau 10 tahun lepas pun aku rasa orang masih boleh terima, mungkin atas faktor kekananan.
Tapi di tahun 2011 ni, 9 tahun ja lagi Malaysia yang katanya akan jadi negara maju berpendapatan tinggi... buat malu kat orang jaa...
Tapinya, dari satu segi lain, memang orang-orang yang haibat saja yang sanggup buat benda-benda yang orang lain malu nak buat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis