CELAKA punya pegawai penjara | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 19, 2011

CELAKA punya pegawai penjara

Kalau betul macam yang Keadilandaily laporkan, memang CELAKA pegawai penjara tu. Istilah tu yang paling lembut yang sesuai untuk orang macam tu, memang CELAKA.

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.

“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.
Aku yakin 100%, kalau semak nama pegawai penjara tu, tentu punya nama dia ada dalam senarai ahli Umno. Ahli Umno saja yang bencikan TG Nik Aziz sampai sanggup kata macam tu. Memalukan Islam. Memang CELAKA.

Kalau setakat nak tuduh TG Nik Aziz makan duit rasuah aku tak berapa kisah sangat. Yang ni dah sampai tahap melampau. Tuduh TG Nik Aziz ada gundik. Atau dalam erti kata lain, tuduh TG Nik Aziz berzina. Memang CELAKA betina tu.

Kalau TG Nik Aziz kemaruk betina, dia tak perlu susah payah nak bela gundik macam ramai pemimpin Umno. Kalau dia kata dia nak saja, aku yakin tentu punya ramai orang perempuan pi rumah dia tawarkan diri nak jadi isteri dia yang sah.

Bukan la nak merendahkan Nora tapi berkali-kali lebih cantik dan menawan dari tu pun akan ada yang tawarkan diri. Bini muda Taib Mahmud yang hidung mancung tu pun tak boleh lawan.

TG Nik Aziz tu kawin dua pun dia tak mau, tak logik langsung dia ada gundik. Lain la macam ramai pemimpin Umno, nak kawin lebih dari satu takut bini marah, takut bini mengadu dengan Rosmah. Tu yang ramai bela gundik sampai ada yang katanya kena tangkap di Port Dickson. Pegawai Penjara betina Umno tu ingat pemimpin PAS macam pemimpin Umno kut.

Apa puu, kalau betul la macam yang Nora bagitau tu, memang CELAKA pegawai penjara tu.

Sumber image: Haddul Yakin
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...