Kesian PakLah... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 21, 2011

Kesian PakLah...

Kalau sebelum-sebelum ni hanya kedengaran suara Dr. Mahathir yang selalu keluarkan kenyataan. Ada saja benda yang dia komen. Bukan setakat pembangkang dia komen, Najib dan Umno pun dia komen. Dan yang terbaru Dr. Mahathir dengan selamba bagitau yang dia bukan saja tak terlibat dengan operasi lalang malah tak setuju dengan tindakan polis tu. Yang paling menarik, Dr. Mahathir selamba kata dia tak setuju dengan ISA.

Kesian Dr. Mahathir, aku rasa bukan Pakatan Rakyat saja yang tak percaya, orang Umno pun ramai yang tak percaya dan tak setuju. Penat-penat depa pertahankan kepentingan ISA senang-senang Dr. Mahathir kata dia tak setuju dengan ISA tapi polis yang  diajangan hapuskan ISA.

Semalam, Bekas PM sorang lagi pun teringin bukak mulut. Beritaharian melaporkan:
KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu mewujudkan portfolio untuk menjaga hal ehwal bukan Islam kerana kerajaan pusat memang sentiasa menjaga kebajikan agama lain di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng juga tidak semestinya mengambil pendekatan mewujudkan portfolio berkenaan kerana Kerajaan Pusat memang memberi perhatian kepada penganut agama lain

"Kerajaan Pusat juga tidak pernah mengenepikan sebarang aduan atau permintaan yang disampaikan oleh agama lain, jadi saya fikir tidak perlu apa-apa lagi institusi atau badan untuk beri perhatian kepada perkara itu (hal ehwal bukan Islam).- Bharian
Kalau ikut sifir mudah Paklah tu, semua kerajaan negeri tak patut ada Exco. Kalau bab hal ehwal bukan Islam tak perlu dibuat sebab pusat memang bagi perhatian kepada penganut agama lain, sama jugak dengan lain-lain portfolio lain dalam Exco, tak patut jugak ada pasai dah ada menteri pusat yang jaga semua portfolio.

Kesian PakLah... Selama ni, bila dia ambil pendekatan berdiam diri, ramai yang hormat kepada dia berbanding kepada Dr. Mahathir. Bila dia keluarkan kenyataan yang tak berapa nak cerdik tu, tentu lah dia pun kena hentam.

Tapinya, aku ada sikit mushkil, pasai apa setelah sekian lama senyap sunyi, tiba-tiba Paklah buka mulut. Lebih mushkil lagi, Paklah buat kenyataan sokong Mukhriz, anak Dr. Mahathir. Takkan saja-saja kut.

Takkan pasai menantu lagi kut?

Macam pepatah orang dulu-dulu "kalau tak ada-berada, takkan tempua bersarang rendah."

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...