Memang sepatutnya pun Ust Tuan Ibrahim Tuan Man lepaskan jawatan tu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 21, 2011

Memang sepatutnya pun Ust Tuan Ibrahim Tuan Man lepaskan jawatan tu

Macam saranan aku yang aku tulis dalam posting sebelum ni, PAS pusat semalam buat keputusan baru. mStar online melaporkan:
Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.

Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.

“Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau,” katanya lagi.
Jangan la pulak ada yang faham kut lain. Aku tak maksudkan depa ikut saranan aku. Aku sapa? Cumanya, keputusan tu selari dengan cadangan aku tu. Tambah-tambah pulak, bila PRK Kerdau dibuat serentak dengan PRK Merlimau, memang patut sangat-sangat la.

Dalam posting tu, aku ada sarankan jugak yang jawatan pengarah PRK Merlimau diserahkan kepada Timbalan Presiden. Melepas la peluang nak tengok Ust Nasha beraksi sebagai pengarak PRK. Ada yang cadangkan Bang Mat Sabu, kalau Mat Sabu pun menarik jugak. Tapi PAS pusat buat keputusan jawatan Pengarak PRK Merlimau tu diserah kepada Ust Halim Rahman.

Tak kisah la sapa pun. Yang pentingnya, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man tak pegang jawatan tu di Merlimau dan dia diamanahkan pegang jawatan yang sama di Kerdau.

Lagi satu, dari keputusan tu, aku rasa hampir pasti Ust Tuan Ibrahim tak dipilih jadi calon PRK Kerdau. Takkan kut dia jadi pengarah PRK dan dalam masa yang sama dia jadi calon. Tak pernah aku dengar pulak ada yang buat macam tu sebelum-sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...