Bernama melaporkan:
JERLUN, 17 Feb (Bernama) -- Penubuhan portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam oleh kerajaan DAP Pulau Pinang adalah taktik parti itu untuk menarik undi rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir.Dia ingat sebagai pembangkang boleh kut membangkang membuta tuli. Belasah ikut suka. Nampak benda yang macam tak betul terus belasah.
Beliau berkata setiap tindakan yang dibuat oleh DAP ada agenda disebaliknya yang semata-mata bertujuan meraih undi untuk menang dalam pilihan raya.
"Jadi semuanya yang dibuat (DAP) berunsur politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat Daerah Mengundi Lana Bulu di sini Khamis.
Mukhriz mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
"Penubuhan portfolio ini nampaknya seolah-olah menggambarkan bahawa selama ini masyarakat Malaysia yang beragama selain agama Islam berada dalam keadaan yang tertindas, walhal kita tahu itu langsung tidak berlaku," katanya. - Bernama
Sebelum-sebelum ni biasa sangat puak-puak bermazhab Umno ni belasah pembangkang. Depa kata pembangkang ni cuma pandai membangkang. Semua benda yang Umno BN semuanya salah, takdak langsung yang baik.
Bila dah jadi pembangkang di beberapa buah negeri, Umno pun sama jugak. semua benda yang Pakatan Rakyat buat dia kata salah, tak betul, jahat, tak pandai memerintah dan macam-macam.
Mukhriz pun guna kaedah yang sama. Malah membangkang membabi buta. Hasilnya, ramai yang belasah dia balik.
Dia tak sedar sebenarnya BN Perak dah buat lagi awal, sebaik saja merampas dari Pakatan Rakyat.
Kerajaan Pulau Pinang buat portfolio Hal ehwal bukan Islam, tak boleh, salah, buruk dan macam-macam. Cuba tengok muka apek kat bawah ni elok-elok. Apek MCA ni bekerja di Negeri Perak. Apa kerja dia?Ada yang kata tak susah jadi pembangkang, tapi realitinya, nak jadi pembangkang pun nak kena ada seni membangkang.
Nama Apek ni Datuk Mah Hang Soon. Tugas dan Portfolio dia Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak [Exco Perak]. - Milosuam
Nota kaki makan cekamstrike>: Tanpa prejudis