Ikhwanul Muslimin mengkhianati penunjuk perasaan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 07, 2011

Ikhwanul Muslimin mengkhianati penunjuk perasaan?

Bharian yang memetik laporan AFP melaporkan: 
KAHERAH: Barisan pembangkang yang mahu rejim Presiden Hosni Mubarak berundur, semalam menolak tawaran untuk bergabung dalam rancangan pembentukan kerajaan baru Mesir.

Terdahulu, Naib Presiden, Omar Suleiman bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan - Muslim Brotherhood, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian konflik penentangan rayat yang kini memasuki minggu kedua. - Bharian
Pada aku, memang sepatutnya pun parti pembangkang di Mesir tolak tawaran sertai kerajaan baru tu. Malah pada aku, sepatutnya depa tak berunding pun dengan kerajaan.

Bukan tak bleh berunding, maksud aku, depa tak sepatutnya berunding apatah lagi bersetuju menyertai kerajaan baru selagi tuntutan penunjuk perasaan yang satu tu belum dipenuhi.

Tuntutan tu cukup mudah, Hosni Mubarak kena letak jawatan. Selepas Hosni Mubarak letak jawatan barulah sepatutnya parti-pati pembangkang terutama sekali Ikhwanul Muslimin boleh buat rundingan.

Buat rundingan sebelum Hosni Mubarak letak jawatan apatah lagi bersetuju menyertai kerajaan baru adalah pengkhianatan kepada kehendak rakyat Mesir.

Parti Ikhwanul Muslimin sebenarnya sedang diperhatikan oleh dunia macama depa nak menguruskan 'lekuk' terbaru dalam politik Mesir selepas 'tsunami poliik' melanda Mesir.

Ikhwanul Muslimin mesir sebenarnya berpeluang untuk memperbaiki persepsi dunia ke atas parti tu dengan situasi terbaru di Mesir. Ikhwanul Muslimin sepatutnya boleh meningkatkan kepercayaan rakyat Mesir dengan peluang yang ujud di depan mata sekarang.

Dengan tindakan yang boleh dianggap sebagai mengkhianati tuntutan penunjuk perasaan kepercayaan rakyat Mesir kepada Ikhwanul Muslimin pastinya akan menjadi lebih teruk. Jadinya, menyertai kerajaan baru bersama Parti Nasionalis Demokratik tidak sepatutnya jadi pilihan kepada Ikhwanul Muslimin.

Satu hal lain, aku heran jugak dengan Berita Harian dan beberapa media lain di Malaysia, entah pasai apa depa pilih untuk gunakan nama Muslim Brotherhood menggantikan nama Ikhwanul Muslimin.




Sumber gambar: blog Faisal Tehrani


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...