KUALA LUMPUR, 7 Feb: Harakahdaily dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa PAS akan menganjurkan Diskusi Ilmiah apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia jam 11 pagi esok.Satu program yang sangat menarik. Tambah-tambah lagi, aku teringin sangat nak dengat ulasan pasai perkembangan tekini terutama sekali dari perspektif PAS.
Diskusi yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut ini akan membincangkan secara ilmiah apakah sebenarnya yang sedang berlaku di Mesir dan Tunisia sekarang.
Beberapa ahli penal berpengalaman dalam pergolakan antarabangsa dijangka akan membentangkan pandangan mereka dalam diskusi ini.
Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menyertainya sila hantarkan nama, no kad pengenalan dan no telefon anda melalui email editorharakahdaily@gmail.com untuk penempahan tempat.
Hanya 50 peserta terpilih sahaja akan menyertai diskusi ini. Penyertaan adalah percuma. - Hrkh
Tapi nak buat macamana, takkan nak pi KL balik hari kut. Bukan satu pilihan untuk aku.
Jadinya aku harap, Team@IT dapat buat siaran online Diskusi Ilmiah tu. Lagi pun dari segi kepakaran dan kemudahan, Team@IT takdak masalah langsung nak buat siaran online. Lagi pun, dengan kemampuan program tu hanya boleh memuatkan 50 orang peserta, memang sangat-sangat tak cukup. Jadinya memang sangat-sangat perlu diskusi tu disiarkan secara live online.
Taktau la pulak kalau Team@IT ada masalah dengan team Harakahdaily.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis