Malaysiakini melaporkan:
Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.Sebelum ni bila orang pertikai bila Dr. Mahathir kata dia tak arahkan polis tangkap pemimpin pembangkang, Hanif Omar, bekas Ketua Polis negara kata apa yang Dr. Mahathir kat tu betul.
"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya. - Mkini
Jangan terkejut kalau tiba-tiba Ustaz Nakhaie pulak mengiyakan yang menang Dr. Mahathir ada jumpa dia tahun 1987 dan kata Dr. Mahathir ada bagi jaminan takkan tangkap pemiimpin pembangkang. Aku tak kata yang Dr. Mahathir maksudkan tu Ustaz Nakhaie. Aku cuma agak saja.
Pasainya masa tahun 1987 tu, Ustaz Nakhaie masih lagi pemimpin PAS. Kalau tak silap aku, masa keluar PAS tu Ustaz Nakhaie pegang jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS, sama taraf macam Naib Presiden PAS kalau sekarang ni.
Ada yang kata, nama Ustaz Nakhaie memang termasuk dalam senarai Operasi Lalang tapi dia selamat pasai ada diluar negara masa tu.
Ust Ahmad Awang dalam blog dia ada tulis:
Saya pun tidak pernah mempersoalkan tindakan beliau menyelamatkan diri dari kemungkinan ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang (1987) memberkas ramai pemimpin-pemimpin politik pembangkang termasuk Haji Mohamad Sabu. Memang sepatutnya seorang pejuang mesti bersedia menghadapi sebarang risiko bersama rakan seperjuangan, tetapi Ustaz Nakhaie memilih jalan yang lebih selamat. Kepada saya tindakan beliau itu masih boleh diterima kerana beliau masih boleh meneruskan perjuangan dari luar negara. Beliau sanggup meninggalkan anak isteri beberapa bulan lamanya sehingga menimbulkan masalah kepada keluarganya. Blog Ust Ahmad AwangTapi yang aku mushkilnya, lepas balik dari luar negara Ustaz Nakhaie tak kena apa-apa tindakan. Sebelum pilihanraya 1990, Ust Nakhaie keluar PAS masuk Umno. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Jadinya, tak mustahil, pemimpin yang Dr. Mahathir maksudkan tu adalah Ustaz Nakhaie.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis