MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.Kalau pun betul memang macam yang TMI laporkan tu pun, takkan la BENGONG sampai macam tu sekali pi cerita kat wartawan.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.
The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.
“Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum,” kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.
Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.
Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.
PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.
“Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding,” kata sumber itu.- TMI
Aku harap sumber berkenaan ada sebab, hujjah dan keperluan yang munasabah sampai ceritakan perkara tu kepada wartawan TMI dan bukanlah semata-mata sebab BENGONG.
Sebelum ni dalam artikel yang ditulis oleh Zulkifli Sulong dalam Harakahdaily ada tertulis:
Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.- HrkhTulisan tu kemudian dihentam di dalam Tranungkite oleh Zaid Tsabit sebagai usaha Zulkifli Sulong untuk memburukkan nama Ust Tuan Ibrahim yang kemudiannya dinafikan pula oleh Zulkifli Sulong.
Mungkin ada yang berpandangan Zulkifli Sulong seolah-olah bersikap tak sensitif masa tulis artikel tu, tapi dari sudut lain, aku lebih memilih untuk percaya memang Zulkifli Sulung sengaja tulis macam tu dengan niat tertentu.
Bila tulisan Zulkifli Sulung dan artikel TMI tu dibaca serentak, persepsi yang masuk dalam kepala aku, memang ada usaha dari pihak tertentu untuk bagi tekanan kepada PAS supaya tak bertanding di PRK Merlimau.
Tak kira la apa tujuan isu ni ditimbulkan dan kemudiannya apa kesudahan isu ni, tapi yang jelasnya isu ni kot mana pun akan menguntungkan Umno BN akhirnya. Aku tak nampak langsung isu ni boleh menguntungkan Pakatan Rakyat, apatah lagi PAS yang secara 'status quo'nya akan bertanding di PRK DUN Merlimau awal bulan depan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis