Selangor akan rampas balik haknya dari kerajaan pusat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 04, 2011

Selangor akan rampas balik haknya dari kerajaan pusat?

MalaysianInsider melaporkan:
SHAH ALAM, 3 Jan – Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Ketika ditanya mengenai tarikh sidang tergempar itu akan diadakan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Khalid berkata dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan,” katanya. - TMI
Memang patut sangat la buat benda ni. Memang dah lama dah aku tulis pasai benda ni. Tapinya masa tu aku taktau yang kuasa melantik tu dah dirampas oleh Umno masa Mahathir 'londeh' sultan dulu.

Aku pun heran, takkan Kerajaan Selangor taktau yang kuasa tu Umno dah rampas. Patutnya masa awal-awal dapat Selangor dulu dah buat pindaan. Takkan depa tak belajar dari sejarah hitam Umno merampas kuasa di Perak.

Bukan takat benda ni saja. Benda-benda laiin pun nak kena semak. Kena semak semua. Kena pastikan takdak apa-apa kuasa yang sepatutnya ada pada negeri tapi dirampas oleh kerajaan pusat diambil balik.

Kalau agak-agak tak cukup 2/3, gantung ja ADUN Umno yang patut sampai jadi ada 2/3 dalam dewan. Puak-puak bermazhab Umno ni kena ajar jugak sekali sekala. Takpa la sekali sekala kita jadi kurang ajar.

Boleh kot macam tu?

Nota kaki makan cekam:  Hangpa jangan nak buat gila pulak, buat benda-benda gila yang orang gila bermazhab Umno ja layak buat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...