Patut pedajai ja Kushrin tu.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 04, 2011

Patut pedajai ja Kushrin tu..

MB Selangor nampaknya masih tak mau mengaku kalah. Khalid kata dia tak akan meraikan perlantikan Kushrin selagi takdak penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). 

Apa pun, Sultan Selangor dah pun cuci tangan. Harakahdaily melaporkan:
Dalam sidang media itu, Khalid berkata,  Sultan Selangor belum perkenan cadangan Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) mengenai pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) yang baharu.
Menurutnya, beliau telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan SUK dan Sultan telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak mana-mana calon cadangan SPA.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

"DYMM Sultan mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik," tegas Abdul Khalid sambil menyanjung kasih atas nasihat baginda. - Hrkh

Selain dari berunding dengan SPA yang aku yakin takkan berjaya, ada lagi cadangan lain yang aku rasa elok jugak kalau Khalid berani buat.

Sumber: twitter-mbnizar

Biar dia tak boleh duduk dalam pejabat dia. Bukan setakat tu ja, macam-macam lagi benda yang boleh dibuat kalau nak pedajai "imposer" ni.

Walaupun aku yakin majoriti pekerja kat situ bermazhab Umno tapi tentu ada jugak sorang dua orang PakatanRakyat, takkan takat nak pedajai sikit-sikit pun tak berani. Buat la apa-apa yang patut. Tapi kena ingat, 'sendiri buat sendiri tanggung'.

Tapi, aku rasa la, jenih mazhab Umno ni, hangpa buat la apa pun, dia tak heran. Selagi Umno tak suruh dia keluar dari pejabat tu, dia takkan keluar punya. memang jenis muka tak malu, nak buat macam mana.

Nota kaki makan cekam:  Memang CILAKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...