Kerajaan PR bukan patut lantik LA sendiri saja | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 01, 2010

Kerajaan PR bukan patut lantik LA sendiri saja

SUK & LA Perak
Aku setuju sangat kalau kerajaan PR Kelantan, Kedah , Penang dan Selangor lantil Penasihat Undang-undang sendiri. memang tak berapa sesuai kalau Penasihat Undang-undang tu dilantik daripada Pejabat Peguam Negara.

Pasainya dah sah-sah pejabat Peguam Negara tu kerajaan pusat yang kawal. Peguam Negara tu sendiri walaupun secara  simboliknya dilantik oleh Agong tapi sebenarnya dipilih oleh kerajaan pusat, dipilih olem PM.

Jadinya, memang tak heran la kalau tindak-tanduk Penasihat Undang-undang kerajaan PR kadang-kadan nampak macam menyusahkan kerajaan negeri.

Tambah pulak kalau krisis perak diambil sebagai contoh. Langsung tak masuk akal penasihat Undang-undang kerajaan negeri tiba-tiba "bagi nasihat" menentang kerajaan negeri.

Jadinya memang patut sangat Kerajaan PR lantik LA sendiri yang depa yakin boleh bagi nasihat yang betul-betul membantu kerajaan negeri.

Pada aku bukan takat Penasihat Undang-undang, tapi yang lebih perlu kerajaan negeri lantik sendiri Setiausaha kerajaan Negeri. Pasainya Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri boleh diibarat sebagai jantung kerajaan negeri. Kalau jantung pun dah tak boleh berfungsi dengan betul mana mungkin badan boleh sihat dan kuat.

Aku memang tak tau pasai undang-undang, tapi kalau undang-undang yang ada tak benarkan kerajaan PR lantik sendiri Penasihat Undang-undang dan Setiausaha kerajaan Negeri, undang-undang tu patut diubah. Pastikan undang-undang tubuh kerajaan negeri disebut perkara tu. Kalau bercanggah dengan Perlembagaan persekutuan, kita lawan pulak di parlimen.

Jangan kita biar ruang untuk penjilat Umno khianat amanah yang rakyat dah bagi kepada PR



Nota kaki makan cekam:  Takkan takdak orang kita yang layak duduk 2 kerusi penting tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...