Persatuan Penulis Nasional (PENA) akan buat demo?? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 09, 2011

Persatuan Penulis Nasional (PENA) akan buat demo??

PENA nampaknya macam bertegas kali ni. Biasa-biasanya PENA senyap saja, macam masa isu PPSMI, langsung tak berbunyi, walaupun sepatutnya sebagai NGO yang cukup dekat dengan bahasa, depa ni la yang patut ke depan mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.

Kali ni bunyinya memang cukup tegas. Marah sungguh kot depa dengan isu novel Interlok tu. Malaysiakini melaporkan:
Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta.

"Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain.

"Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah.

Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima. - Mkini
Aku tak berpeluang lagi nak baca Novel tu, jadinya aku tak berani sangat nak komen pasai isu ni.

Tapinya, TVS melaporkan:
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud berkata buku ini perlu ditarik daripada menjadi buku teks persekolahan kerana ia mengguris perasaan masyarakat India.

"Tetapi bagi orang biasa dan orang India apabila dia baca akan terguris hati dia , kalau lah begini kita perlu menghormati perasaan Orang India ," katanya.

Justeru, Tambah Dr Mariah buku Interlok tidak sesuai untuk dijadikan buku teks persekolahan kerana akhirnya nanti membentuk pemikiran yang salah di kalangan pelajar yang membaca buku tersebut.

" Apa yang mereka minta ialah buku ini tidak dijadikan buku teks,boleh dijual sebagai buku novel hebat tetapi tidak dibaca di sekolah-sekolah kerana boleh membentuk pemikiran kepada murid-murid yang membaca," katanya. - TVS
Tapinya aku tertarik dalam laporan Malaysiakini yang melaporkan:
Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu.

"PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya. - Mkini
Biar betul PENA, takkan sampai sanggup buat demo. Macam tak percaya ja... Tapi kalau betui, aku memang respek. Bukan senang nak boleh tengok NGO macam PENA nak buat demo. Betul atau tak apa yang depa nak demokan tu, itu cerita lain. Yang pentingnya, depa berani berfikir untuk berdemo walaupun aku kurang yakin depa akan berani nak berdemo.


Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...