Harakahdaily melaporkan:
PAS Selangor menggesa portal berita Malaysiakini membuat pembetulan berkaitan laporan mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang disiarkan semalam.Kalau betul macam yang PAS Selangor kata, memang tak patut sangat Malaysiakini buat berita sampai macam tu. Kalau pun memang dikalangan wartawan Malaysiakini ramai yang benci sangat dengan Dr. Hasan Ali, jangan la sampai buat berita fitnah.
Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, laporan Malaysiakini itu sangat berbeza dengan kenyataan serta maksud sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor ketika mengadakan sidang media berhubung isu perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.
Kata beliau, tajuk laporan Malaysiakini 'PAS Selangor makin mesra dengan Kusrin' sangat mengelirukan malah telah menimbulkan salah faham dikalangan ahli-ahli PAS.
Selain itu kata beliau, laporan Malaysiakini yang menyebut: 'Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada' - merupakan satu pembohongan kerana Pesuruhjaya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu sepanjang sidang media.
Malahan katanya, Malaysiakini juga menambah cerita dengan memetik Hassan Ali kononnya berkata "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,". - Hrkh
Dalam masa kita riuh kutuk media-media arus perdana yang selalu sangat seleweng fakta pasai tak suka dengan Pakatan Rakyat, takkan portal alternatif macam Malaysiakini pun nak tiru depa kut.
Masalahnya, siapa yang betul dalam hal ni. Kalau buat undian online aku yakin sangat majoriti akan berpihak kepada Malaysiakini, pasainya persepsi umum kepada Dr. Hasan Ali memang teruk.
Kalau betul PAS Selangor nak bersihkan nama Dr. Hasan, aku cadangkan PAS Selangor terbitkan rakaman audio sidang media tu yang kata Roslan SMS dalam blog dia rakaman tu dia ada.
Kalau terbukti apa yang Malaysiakini tulis tu memang tak betul dan dibuktikan dengan rakaman audio tu, aku yakin Malaysiakini takdak sebab untuk tak minta maaf.
Kalau tak mau minta maaf jugak, saman ja kat mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan. Cumanya, sebelum nak saman tu, kena kaji jugak untung rugi tindakan saman tu dibuat. Jangan saman semata-mata untuk bagi puas hati. Nanti "menang sorak kampung tergadai..."
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis