Pasai apa Roslan SMS melompat macam ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 14, 2011

Pasai apa Roslan SMS melompat macam ni?

Malaysiakini melaporkan:
Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya. - Mkini
Aku sokong garis panduan yang MPSJ buat ni dan aku tabik pasai ahli majlis MPSJ berani buat peraturan macam ni. Memang dari segi bacaan politik atas kertas, peraturan ni kurang menguntungkan Pakatan Rakyat terutama sekali kepada PAS. Tapi tak semestinya kesan peraturan baru ni akan merugikan malah mungkin akan menguntungkan Pakatan Rakyat. Takdir tuhan tak sapa yang tau.

Cumanya mungkin kena tengok macamana cara nak laksanakan peraturan baru ni. Pasai benda ni benda baru nak kena "kayuh pelan-pelan" sikit. Mungkin boleh bagi tempoh masa untuk yang nak memperbaharui lesen untuk patuhi peraturan baru tu. 

Apa pun, aku kurang setuju dengan pendekatan yang Roslan SMS ambik dalam isu ni. Apa untungnya kalau Roslan SMS terus melabel Malaysiakini sebagai "bekerja jahat."

Dalam blog dia, Roslan tulis:
Tidak cukup dengan menabur fitnah terhadap PAS Selangor dan Pesuruhjayanya, hari ini portal berita Malaysiakini menyerang pula usaha untuk memartabatkan Islam di Selangor. Jika bukan kerana mereka punya agenda jahat terhadap PAS dan Islam, mengapakah sekarang dipilih untuk sensasikan pula isu ini? - Roslan SMS
Apa untungnya Roslan Sms tulis macam tu. Kesan paling hebat pun mungkin akan buat orang Islam dan orang PAS marah kepada Malaysiakini, mungkin sampai tahap boikot Malaysiakini.

Kalau boikot Malaysiakini pun tak menyelesaikan masalah malah mungkin lebih merugikan dari menguntungkan. Sebabnya selama ini, Malaysiakini antara media yang banyak membantu Pakatan Rakyat termasuk PAS untuk "berperang" dengan Umno BN. Apa jadi kalau Malaysiakini ambil pendekatan "berperang" dengan Islam dan PAS secara terbuka.

Antara tujuan kita bertahalluf siyasi dalam Pakatan Rakyat macam yang selalu allahyarham Ust Fadzil sebut pasai bergabung dengan Semangat 46 adalah untuk mengurangkan musuh.

Dah la kita kekurangan saluran media yang berkesan, sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin ruang yang Malaysiakini sediakan, bukannya ambik pendekatan "berperang" dengan depa.

Tambah-tambah pulak kita memang tau yang Malaysiakini pemiliknya bukan orang Islam. Takkan kita senang-senang nak harapkan depa sokong kita buta-buta. Lagi satu, depa orang meniaga, apa nak heran kalau depa sensasikan berita yang memang ramai orang suka baca.

Ada banyak cara lain untuk tangani masalah macam ni selain dari cara "berperang.". Aku rasa, setakat ni, PAS Selangor belum lagi ada usaha untuk bersemuka dengan Malaysiakini. Aku yakin, dengan bersemuka, banyak masalah boleh diselesaikan. Kalau tak dapat diselesaikan pun, paling kurang dapat diredakan.

Lagi satu, sepatutnya PAS Selangor terutama sekali pimpinan PAS yang jadi ahli majlis MPSJ gunakan peluang dari isu ni, untuk bagi jawapan yang meyakinkan berkenaan isu yang Malaysiakini timbulkan tu.

Kalau kena caranya, aku yakin orang ramai akan sokong benda yang MPSJ buat tu. Kalau dah ramai yang sokong, jangan heran kalau tiba-tiba media macam Malaysiakini pun akan sokong jugak. Yang nak marah pun, mungkin cuma orang Islam tak peduli soal halal haram. Tanggungjawab kita jugak untuk berdakwah kat depa.

Inilah cabaran yang kita sebagai orang Islam kena ambil. Tambah-tambah pulak PAS yang kerja utama kita selain berpolitik dalah untuk berdakwah. Memang cabaran untuk memartabatkan undang-undang yang ada roh Islam bukan senang. Tapi walau berat macamana pun, kita nak kena tempuh jugak.

Walau apa pun, kita kena ingat, walau baik macamana pun benda yang kita buat, akan ada jugak orang yang tak suka. Memang tu adat dunia. Dan lagi satu, setiap benda yang kita buat, ada harga yang kita kena bayar...

Aku baru terperasan, rupa-rupanya ada sambungan lebih "mencabar" dengan isu ni. Nanti-nanti la aku sambung pulak...

Nota kaki makan cekam:  Tahniah MPSJ!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...