Aku kesian kat Dr. Hasan Ali | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 13, 2011

Aku kesian kat Dr. Hasan Ali

Aku sebenarnya kesian tengok Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali. Sepanjang yang aku ingat, tak banyak kenyataan dia yang dilaporkan oleh media macam Malaysiakini dan Malaysian Insider. Biasanya, kalau ada kenyataan dari Dr. Hasan Ali tentu punya kenyataan yang kontroversi. 

Malaysiakini melaporkan:
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohammed Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.   

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Mohammed Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar

berkenaan.Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik. - Mkini
Tak lama lepas tu, Malaysiakini melaporkan pulak:
PAS hari ini memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

Harakahdaily memetik setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor. - Mkini
Kesian kat Dr. Hasan, tak habih-habih kena belasah. Kalau sebelum-sebelum ni, Dr. Hasan cuma dibelasah oleh sebilangan blogger dan sebahagian dari penyokong Pakatan Rakyat yang tak setuju dengan UG. Kali ni nampak gayanya makin bertambah, Hj Mustafa Ali pun ikut sama belasah Dr. Hasan.

Kita taktau dengan pasti apa sebenarnya yang ada dalam kepala Dr. Hasan ni. Dan lebih malang lagi bila jawapan balas yang Roslan SMS buat pun, pada aku tak cukup kuat untuk memperbaiki persepsi. Mungkin Roslan SMS patut keluarkan rakaman audio sidang akhbar tu kalau rakaman audio tu boleh memperbetulkan persepsi.

Apa pun aku sangat-sangat berharap semua sangkaan buruk yang dilemparkan kepada Dr. Hasan macam yang ditulis oleh ramai blogger Pakatan Rakyat tu tak betul.

Dan yang lebih penting lagi, aku harap sangat Dr. Hasan sendiri cuba sedaya upaya untuk ubah persepsi yang ujud tu dengan kenyataan dan tindakan yang betul-betul dilihat mencerminkan pendirian Pakatan Rakyat. Setakat sidang media kesan dia tak kuat mana.

Walaupun Malaysiakini juga melaporkan:
Dalam perhimpunan warna-warni itu, mereka membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).

Turut hadir exco Selangor Hasan Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah dan beberapa wakil rakyat Pakatan, antaranya Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat), Gan Pei Nei (PKR-Rawang). - Mkini
Tapi, signal yang dibagi tak cukup kuat kalau setakat turut hadir program macam tu. Kalau boleh Dr. Hasan kena "mengetuai" program-program macam tu. Baru la signal tu kuat. Lagi cantik kalau dalam program-program macam tu, Dr. Hasan sendiri yang ke depan, kalau boleh sampai tahap bertengkar dengan pegawai polis. Baru saham boleh naik.

Kalau tidur di rumah orang kuat Umno yang bersempadan dengan pusat perlupusan sampah pun Dr. Hasan pernah buat, takkan benda yang lagi senang macam kat atas tu tak boleh buat...

Takkan benda-benda simple macam ni pun 'think-tank' dia tak terfikir? Syeikhhhh!!!!

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...