Mulanya, timbul cerita yang Adun BN nak bikot sidang khas tu, tapi hadir jugak depa rupanya. Walaupun ada pertikaian berkenaan sah atau tak sidang tu, akhirnya sidang diteruskan jugak, usul dibentangkan, dibahaskan dan akhirnya diundi.
Keputusannya, macam yang dah semua orang agak, usul tu tak diluluskan pasai tak dapat sokongan 2/3 dewan iaitu 37 undi. Semua Adun pakatan Rakyat menyokong usul tu dan semua Adun BN tak sokong usul tu. Yang sokong 34, yang tak sokong 20 dan dua tak hadir. Semua ada 56 kerusi
Harakahdaily dengan tajuk Pakatan Selangor tekad dapatkan majoriti 2/3 melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun sidang Dewan Negeri Selangor hari ini gagal untuk meluluskan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri, namun keputusan itu tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat.MalaysianInsider dengan tajuk "Khalid cadang bawa isu pindaan perlembagaan untuk semakan kehakiman" melaporkan:
Menurutnya, isu ini menguatkan lagi tekad PR untuk membuktikan kewibawaan mereka dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya akan datang supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula - Hrkh
SHAH ALAM, 24 Jan — Isu pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor nampaknya belum selesai walaupun kerajaan negeri gagal mendapat undi majoriti dua pertiga untuk meminda undang-undang itu dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.
Ini kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.
Akhirnya semalam Malaysiakini dengan tajuk "S'gor mungkin terima Khusrin jadi SUK" melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata ia masih menjadi pilihan bagi kerajaan negeri untuk membolehkan Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah kerahsiaan dan memulakan tugasnya.Nasihat aku, terima sajalah, Khusrin tu jadi SUK. Tak payah la MB buang masa jelajah seluruh Selangor nak cerita pasai isu ni. Biar jentera parti dah la yang buat kerja tu. Banyak lagi kerja yang MB patut buat.
NONEBeliau berkata pihaknya sedang menimbang kemungkinan untuk membolehkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan majlis exco negeri, yang merupakan prasyarat terakhir sebelum bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, rasmi menjadi setiausaha kerajaan negeri.
Bagaimanapun, kata Khalid, isu tersebut akan dibincangkan dalam satu mesyuarat malam ini, selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau berkata, satu perbincangan akan diadakan ekoran perbahasan di DUN hari ini kerana banyak perkara yang dibangkitkan oleh wakil rakyat Pakatan dan BN. - Mkini
Jangan sampai sibuk nak jelajah cerita pasai isu ni, sampai Khusrin bebas buat apa yang dia suka, macam yang Umno BN mau sudah laa.....
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis