Mai baca apa blogger Umno tulis pasai PAS Parit Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 25, 2011

Mai baca apa blogger Umno tulis pasai PAS Parit Buntar

Aku takdak idea nak tnulis, jadinya aku nak kongsi apa yang blogger Umno sorang ni tulis pasai PAS Parit Buntar. Aku nak gelak pun ada tapi kesian pulak rasanya.... layan ja laa...  
PAS PARIT BUNTAR DAH JADI RAKAN MUDA

BAWAK RAKYAT BERSERONOK UNTUK TUTUP KELEMAHAN

SEBENARNYA SENANG JADI PAS NI. PARTI PALING SENANG DI DUNIA AKU RASA PAS LAH. DARI PUCUK TERTINGGI HINGGALAH KE AKAR DALAM BUMI.

DI PUCUK, NIK AZIZ SEBAGAI CONTOH, BILA RAKYAT MULA PERTIKAI KEKAYAAN ANAK DAN MENANTUNYA, NIK AZIZ TERUS KATA " ADAPUN KRONI INI ADALAH SUNNAH, ABU BAKAR, OMAR, ALI ADALAH KRONI RASULLULLAH SAW" .

HABIS. TUTUP MULUT.

DI BAWAH, AMBIL CONTOH PARIT BUNTAR. TAK ADA APA SATU DIBUAT UNTUK RAKYAT. PEMBANGUNAN HARAM TAK ADA.

RAKYAT DAH MULA BANGKIT. WAKIL RAKYAT PAS, KALAU MELAWAT TAK ADA TEMPAT LAIN SELAIN BAGAN CINA.

ORANG MELAYU , KALAU NAK JUMPA WAKIL RAKYAT HANYA DI PENTAS CERAMAH. GODAM UMNO TAK HABIS HABIS.

UNTUK ATASI KEMARAHAN RAKYAT, PAS AMBIL PENDEKATAN MUDAH. GULA GULAKAN RAKYAT. BAGI RAKYAT SERONOK.

TIAP TIAP MINGGU BUAT PERTANDINGAN MEMANCING. HABIS PARIT, TEBUK DIREDAH. KENAKAN YURAN, DUIT YURAN ITULAH JADI HADIAH.

LEPAS MEMANCING BUAT PULAK PERTANDINGAN BOLA SEPAK. HABIS ANAK MUDA MAIN BOLA.

HIDUPLAH NAMPAKNYA PAS. ADA AKTIVITI. SEHINGGA RAKYAT KELIRU, PAS INI PARTI ISLAM KE RAKAN MUDA ?

CUMA TUAH PAS PARIT BUNTAR IALAH UMNONYA KANTOI. SAMA JE PEMUDA, WANITA, PUTERI DAN UMNO BAHAGIAN SAMA SAMA TIDUR. YANG BERGERAK ADALAH INDIVIDU DALAM UMNO.

ITU PUN BUKAN BAWAK CERITA PARTI TAPI BAWAK CERITA PERIBADI.

NAMPAKNYA MENTERI BESAR JE PULUN. UMNO PARIT BUNTAR MASING MASING PULUN NAK JADI CALON.

AKU RASA SEDIKIT PENGORBANAN DIPERLUKAN. SEDIKIT SAHAJA. PASTI PAS PARIT BUNTAR TERTIARAP SELEPAS INI. PASTI..
LANTAK KAU LAA LABUUUUU.....
BIARKAN Si LunCai TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.....

Saja aku senaraikan kat bawah ni sebahagian link berita dari web PAS Parit Buntar yang boleh dijadikan rujukan. Kot-kot ada yang nak percaya apa yang si Luncai ni tulis. Setakat tu ja yang aku rajin senaraikan. Nak banyak lagi boleh cari sendiri kat web PAS Parit Buntar.
  1. Gunting rambut : PAS Parit Buntar hargai pelajar kembali ke sekolah
  2. Pelajar terima sumbangan masuk sekolah
  3. Pemuda PAS Parit Buntar terus prihatin kebajikan rakyat
  4. Permohonan dihalang, penduduk sepakat bina jalan sendiri
  5. Masyarakat India dibantu sambut perayaan
  6. Pemuda PAS Parit Buntar teruskan usaha ziarah kebajikan
  7. Program kebajikan di majlis Aidilfitri
  8. PAS rai guru Al-Quran sempena Aidilfitri
  9. Akitivis PAS Sungai Baru terima sumbangan kerusi roda
  10. Kerusi roda disumbang kepada warga emas
  11. PAS Parit Buntar rai 200 anak yatim
  12. 140 keluarga dapat sumbangan PAS Parit Buntar
  13. Enam anak yatim terima pakaian raya
  14. Pesakit dan kakitangan hospital Parit Buntar terima sumbangan
  15. Rayuan derma Tabung Bencana Alam
  16. Pemuda PAS Parit Buntar anjur jelajah kebajikan
  17. 100 pegawai masjid terima sumbangan
  18. PAS Parit Buntar baiki rumah penduduk
  19. PAS Parit Buntar bantu pesakit diabetis
  20. Masjid dan surau parlimen Parit Buntar terima sumbangan
PAS Parit Buntar memang tak buat pembangunan pasai kerja nak buat pembangunan tu kerja kerajaan bukan kerja parti, lagi pun PAS Parit Buntar mana ada duit, parti orang miskin. Tapi dalam takdak duit, PAS Parit Buntar masih mampu bantu golongan yang memerlukan walaupun sekadar ala kadar. PAS Parit Buntar cuma tolong sampaikan bantuan, duit orang derma PAS Parit Buntar tolong agihkan kepada yang patut.

Umno Parit Buntar buat apa? Korban hari tu pun, lembu Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang bagi. Oh, lupa, Umno Taman Kerian pun ada jugak buat pesta bola baru-baru ni.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya banyak lagi perkara yang PAS Parit Buntar teringin nak buat. Tapi disebabkan kekurangan dana tak mampu nak buat.

Bagi yang berkemampuan dan teringin untuk menyumbang kepada tabung kenajikan PAS Parit Buntar boleh bank-in ke akaun

08022010048488  
Bank Islam Malaysia Berhad
di atas nama 
'Dana Kebajikan Parit Buntar'


Nota kaki makan cekam:  Akhirnya ada jugak blog Umno yang 'perihatin' dengan PAS Parit Buntar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...