Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.Kelmarin mStar melaporkan:
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukan rayuan ditetapkan.
"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatkan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.
Ketika ditanya, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu. - Mkini
SHAH ALAM: Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.Dah tentu-tentu la Adun Pelabuhan Klang ni akan merujuk kes dia ke mahkamah pasainya dah ada rujukan kes yang sangat kuat di Kota Seputih. Dia yakin tentu menang punya pasainya dia bukan lagi Adun Pakatan Rakyat walaupun dia menang atas tiket Keadilan.
Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah. - mStar
Bila dia dah istiharkan jadi wakil rakyat bebas, maknanya Umno BN akan berdiri teguh dibelakang dia. Bila Umno berdiri teguh dibelakang dia, maka secara automatik, semua orang yang bermazhab 'anjing Umno' pun akan ikut termasuk la para hakim.
Dah barang tentu la hakim yang bermazhab 'anjing Umno' ni akan memenangkan Adun ni, kecuali la kalau Umno tiba-tiba jadi bangang nak Hisham kalah pasai Umno nak diadakan pilihanraya kecil di Pelabuhan Klang.
Bukan semua hakim bermazhab 'anjing Umno' tapi memang ramai yang sanggup ataupun terpaksa guna mazhab 'anjing Umno'. Kes Dun Kota Seputih sangat jelas.
Memang ada hakim hakim yang berani untuk tak guna bermazhab 'anjing Umno' macam Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin yang mengadili kes Dun Kota Seputih tu di mahkamah tinggi dan buat keputusan "Abu Hassan Sarif gugur kelayakan sebagai wakli rakyat kerana gagal menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut."
Tapi ada jugak hakim yang lebih tinggi yang sanggup dilihat sebagai bermazhab 'anjing Umno' macam hakim mahkamah rayuan, Sulong Matjeraie, Kang Hwee Geedan dan Abdul Aziz Rahim yang memutuskan wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.
Depa ni dilihat sebagai bermazhab 'anjing Umno' bila menggunakan alasan "keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam." Alasan yang sama yang pernah Najib kata bila mengulas perletakan jawatan Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin.
Aku tak cari tak jumpa berita pasai kenyataan Najib tu tapi kat bawah ni laporan Utusan yang memuatkan kenyataan Hishamuddin.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis