DAP pun takut nak buat pemilihan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 15, 2010

DAP pun takut nak buat pemilihan?

Sebelum ni riuh 1Malaysia bila Najib Razak buat pengumuman yang Umno menangguhkan pemilihan Parti selama 18 bulan yang dijadual akan diadakan tahun depan. Ramai penganalisa politik yang anggap keputusan stu sebagai isyarat yang PRU akan diadakan dalam masa terdekat seawal Mac 2010.

Tapi Muhyiddin Yassin nafikan, dia kata penangguhan tu takdak kena mengena dengan pilihanraya
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang dijadual tahun depan bukannya petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan seperti yang diramal sesetengah pihak.

"Ia bukan bertujuan untuk pilihan raya tetapi untuk kukuhkan parti supaya setiap ahli parti tidak lagi berfikir hendak bertanding untuk jawatan (kerana) pergerakan di bawah mencaturkan politik boleh membawa kesan kepada kekukuhan parti kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-66 di Parlimen pada Rabu. - Bernama
Kemarin dulu, MCA pulak tangguhkan pemilihan parti.
MCA hari ini turut menangguhkan pemilihannya yang sebelum ini dijadual diadakan tahun depan, sekaligus mengikut langkah Umno.

Keputusan penangguhan itu dicapai dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA di sini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata satu jawatankuasa pemandu akan diwujudkan bagi meminda perlembagaan parti bagi membolehkan penangguhan pemilihan dijalankan.

"CC telah bersetuju bahawa jawatankuasa pemandu pemilihan MCA yang dipengerusikan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha akan mengkaji dan mencadangkan kepada parti bagaimana ia (penangguhan) boleh dilaksanakan. - Bernama

Semalam punya berita, DAP pun buat keputusan yang sama, menangguhkan pemilihan pimpinan peringkat pusat.
KUALA LUMPUR, 14 Dis – DAP telah menangguhkan pemilihannya yang sebelum ini dijadual diadakan Ogos depan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang diadakan malam semalam.

Katanya, keputusan itu diambil selepas menimbangkan keputusan penangguhan pemilihan parti yang telah diputuskan oleh Umno dan MCA baru-baru ini, yang memberi petanda jelas bahawa pilihan raya umum ke-13 sudah semakin hampir. - TMI
Bagilah apa alasan pun, tapi pada aku parti yang tangguhkan pemilihan tu semua penakut. Takut kepada ahli sendiri. Konon nak demokrasi tapi dalam parti sendiri takut nak jalankan kehendak demokrasi. Lagi satu, depa tangguh pasai depa tak yakin dengan ahli, takut parti jadi cempera.

Dalam bab pemilihan ni, aku tabik kepada Mukhriz bila dia berani menyanggah keputusan presiden Umno. Tapinya berita dari Bernama ni bertarikh 25 Mac 2008.
Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditunda bagi menghormati suara para anggota Umno untuk memilih siapakah pemimpin yang mereka kehendaki, kata Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pemilihan parti adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan satu proses demokrasi yang harus dilalui oleh parti. - Bernama

Nota kaki makan cekam:  PAS tak teringin nak tangguh pemilihan parti sama ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...