Sebaliknya, yang perlu Pakatan Rakyat bimbang adalah berkenaan keabsahan daftar pemilih pengundi pos tu. Harakahdaily melaporkan:
Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.Benda macam ni yang jadi masalahnya. Untuk memastikan kerusi-kerusi berkenaan Umno BN boleh menang, ramai tentera dan isteri dilonggokkan walaupun depa tu tak bertugas di kem berkenaan pun.
"Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau.
Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera.
Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru.
Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek. - Hrkh
Sepatutnya ada satu makanisma disediakan oleh SPR kepada parti-parti yang bertanding di kerusi berkenaan untuk pastikan tak ada penipuan atau salahguna kuasa oleh mana-mana pihak terutama sekali sebelum daftar pemilih di kawasan berkenaan disahkan.
Kalau ikut maklumat yang aku dapat dari pegawai SPR, praktis selama ini, pihak SPR cuma berurusan dengan pihak pengusasa kem berkenaan. SPR katanya cuma terima senarai nama dari depa dan SPR akan proses. Mudah sangat kalau ada yang nak buat penyelewengan.
Tambah-tambah pulak kalau melibatkan Askar Wataniah, lagi mudah kut depa nak tambah pengundi pos kalau depa nak.
Masalahnya, SPR si anjing Umno ni, buat-buat taktau ja. Selagi takdak arahan dari tuan dia, orang lain buat apa pun dia buat tek reti aja.
Nota kaki makan cekam: Aku tertunggu-tunggu kot-kot geng bang mat Sabu nak rampas kuasa BERSIH 2.0 dari Ambiga, ada peluang la nak ada demo lawan SPR lepas ni...