Apa salahnya bukan Islam jadi peguam syarie? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 25, 2010

Apa salahnya bukan Islam jadi peguam syarie?

[sumber pic: mkini]
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh21Februari tahundepan untukmendengar kes seorang peguambukan Islamyang mencabar keputusan MAIP yang membenarkan hanya peguam beragama Islam sahaja layak untk jadi peguam syarie.

Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Pendaftar Halilah Suboh menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini setelah menemui peguam Victoria Jayaseele Martin (pertama dari kanan), Jamie Wong dan Zulkifli Che Yong yang mewakili MAWIP.    

Pada 19 Mei, Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.  

Dalam permohonan beliau, Martin juga meminta satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAWIP, melalui jawatankuasa peguam syarie, menafikan permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie.  - Mkini
 Aku tak tau apa motif sebenar peguam kafir ni nak jadi peguam syarie. Aku pun taktau sama ada perlu bersetuju dengan MAIP atau perlu bersetuju dengan peguam ni. Pasainya aku langsung takdak latarbelakang undang-undang, masuk mahkamah pun belum pernah. Takat kena saman dengan polis trafik ada la.

Kita ambik contoh kalau ada kes yang melibatkan orang bukan Islam dengan mahkamah syariah. Terutama sekali kalau kes yang membabitkan murtad. Aku yakin orang yang dituduh lebih selesa untuk ambil peguam yang bukan beragama Islam untuk mewakili depa. Di pihak lain pulak, mungkin takdak peguam yang beragama Islam yang sanggup jadi peguam bela depa.

Pada aku kalau jadi macam tu, orang yang dituduh tu mesti rasa dizalimi. Kalaupun ada peguam yang beragama Islam yang sanggup bela depa, apa pulak pandangan masyarakat kepada peguam tu.

Aku taktau apa hujjah MAIP yang takmau bagi peguam bukan Islam jadi peguam syarie. Kalau memang ada nas yang qat'e dalam bab ni, memang tak patut la dibagi kebenaran tu. Tapi kalau takdak nas yang melarang pada aku takdak salahnya kalau dibenarkan pun.

Bagi aku, takdak masalah sangat pun kalau benarkan peguam bukan Islam jadi peguam syarie. Cumanya kena la ditetapkan syarat-syarat khas yang ketat. Mungkin boleh disyaratkan depa perlu lulus satu peperiksaan khas. Ataupun boleh diujudkan syarat depa perlu dapat "kredit hours" tertentu untuk setiap tahun dengan menghadiri kursus dan seminar yang MAIP anjurkan dalam bab undang-undang syariah.

Lagipun sefaham aku, mahkamah kita ada undang-undang bab menghina mahkamah. Jadinya kalau ada tindakan depa  yang tak betul, undang-undang menghna mahkamah boleh dikenakan.

Bagi aku, yang paling penting sekali masa lani, mahkamah syariah kena dlihat berwibawa. Banyak rungutan yang biasa kita baca dalam berita ditulis terutama sekali yang melibatkan masalah keluarga. Geng pejuang hak wanita selalu sangat kata yang mahkamah syariah banyak yang bas kepada orang lelaki. Ramai orang perempuan yang digantung tak bertali teraniaya pasai lama sangat kes depa tergantung.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...