Seruan untuk Pelancong Pilihanraya Galas dari Aris Awang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 02, 2010

Seruan untuk Pelancong Pilihanraya Galas dari Aris Awang

Aris Awang dalam blog dia menulis:
Mungkin kebetulan sahaja, bila pergi mengadakan ziarah rumah ke rumah, untuk kempen agar mengundi PAS dalam Pilihanraya Kecil Galas 4 November 2010 nanti. Rombongan kami akan terjumpa dengan penyokong PAS yang menyatakan hasrat untuk menyokong BN samada dalam bentuk lisan atau bahasa badan mereka. Perkara ini. amat membimbangkan....

... Pilihanraya tahun 2008, PAS telah menang di Daerah Mengundi Sungai Terah ini dalam dalam majoriti yang agak besar, oleh itu mempertahankan Daerah Mengundi ini adalah amat penting dalam Pilihanraya Kecil Galas ini untuk memastikan dapat membantu Daerah Mengundi lain yang lemah dan akhirnya mampu memberi kemenangan kepada PAS walaupun dalam jumlah majoriti yang agak merosot bagi DUN Galas pada kali ini.

Asakan yang kuat oleh UMNO dan Barisan Nasional di kubu kuat PAS ini wajib dipertahankan oleh petugas PAS dari Kedah dan Perlis dalam saat yang terakhir ini dan kepada pelancong pilihanraya dari PAS (mereka yang datang untuk memerhati kemeriahan suasana Pilihanraya dan mendengar ceramah) wajib memastikan sekurangnya dapat menziarahi 5 buah keluarga sepanjang berada dalam kawasan pilihanraya sebelum 4 November nanti. Gunakanlah segala keupayaan dan skill tersendiri untuk meraih sokongan mereka kepada PAS. Aris Awang

Paling kurang, beradalah di kedai-kedai kopi, masjid, surau kemudian dekatilah pengundi tempatan dan selepas itu pastikan mereka mengundi PAS dan menolak Barisan Nasional.
Terutama sekali yang akan tiba di Galas sekurang-kurangnya sehari sebelum hari mengundi. Kalau takat pi sana semata-semata untuk jadi pelancong, rugi sangat kut.  Kalau sampai sana hari mengundi, tak sempat dah kut. Boleh la kut takat nak menyesakkan jalan.

Lebih kurang macam pi melancung belah timur tengah, takkan tak singgah ke mekah. Dah sampai ke mekah takkan tak teringin buat umrah sama. Paling tidak pun kena jugak buat umrah walaupun sekali dua. Rugi la kalau setakat dapat pahala ziarah ke mekah ja.

Lagi satu, kalau nak pi sana, lagi elok kalau boleh pi dengan pacuan 4roda, cari la kawan-kawan yang suka main off-road, suka masuk hutan. Pasainya boleh la jugak pi melawat kampung-kampung orang asli sekali.

Depa kata kalau pi ikut Kuala Mu dekat ja.



Nota kaki makan cekam:  Moga-moga Pas berjaya kekalkan kemenangan di Galas ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...