Kalau ikut MSO mamat ni akan istiharkan untuk keluar pada 30 Oktober sampai isa ajak aku "jom kita gelak2 dulu, pekena teh tarik" pasai katanya mamat ni tak jadi keluaq, saja buat gempa.
Yang jadi lambat tu mungkin pasai ada beberapa perbincangan yang lambat selesai, ataupun mamat tu mungkin teragak-agak pasai memikirkan habuan. Tu cuma andaiann aku ja.
Kalau baca tulisan dalam blog dia, dia ni memang dah lama dok belasah Umno, tapi tak la belasah betui-betui, cuma sipi-sipi ja.
Apa-pun, aku harap dia ni tahan ujian. Bukan apa, ramai dah bekas pimpinan Umno yang keluar parti, lepas tu tak lama masuk balik pasai tak tahan. Tambah-tambah pulak jenih yang masa dalam Umno dulu cari makan guna modal air liur. Kalau duduk diluar Umno, modal air liur ni tak laku. Kecuali la kalau buat bisness ceramah motivasi, tu pun berapa sangat yang depa boleh dapat.
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.
Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.
Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.
Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.
(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi) - Hrkh
Nota kaki