Projek Khas Daftar Pengundi Baru Mega. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 12, 2010

Projek Khas Daftar Pengundi Baru Mega.

Aku harap semua kawasan dah buat mesyuarat khas macam yang aku tulis sebelum ni. Kalau ada yang belum buat lagi, cepat-cepat la buat. Hangpa nak tunggu bila lagi. Paling lambat pun hujung minggu ni kena buat mesyuarat tu.

Aku nak cerita sikit pengalaman aku sebagai PPS, maksud aku bekas PPS. Dulu aku PPS sekarang ni dak lagi. Bukan aku tak sanggup dah nak buat, tapi aku ada plan lain sebenarnya dulu tu, tapi itu cerita lain.

Pengalaman sebagai PPS lantikan parti ni memang "mencabar." Kalau ikut hati memang malas nak buat. Masa suku pertama aku jadi PPS memang seronok pasai dapat daftarkan ramai pengundi baru. Pasainya hampir semua cawangan bagi kerjasama.

Tapi masalahnya, rasa seronok tu tak lama, semakin lama semakinn kurang pengundi baru yang cawangan tolong cari, sampai satu masa langsung takdak sorang pun yang bagi nama untuk didaftarkan. Memang biasa sangat aku rasa fed up.

Aku cuba buat kaedah lain, kaedah yang lebih memudahkan kerja orang-orang cawangan. Mula-mula nampak hasil sikit tapi tu pun tak lama. Makin lama makin kurang, sampai akhirnya berhenti terus. Ada pun sorang dua saja, tu pun yang aku jumpa kot jalan.

Bila aku tanya orang kuat kat cawangan-cawangan, jawapan hampir sama. Depa akan kata "kampung kami dah habih dah semua mendaftar." Aku mulanya percaya la jugak tapi bila aku semak balik, tak ramai mana pun pengundi baru kat kampung tu. Kalau ikut jumlah pengundi sediada memang tak lojik langsung. Takkan seribu lebih pengundi, pengundi baru dua tiga orang saja.

Bila aku semak balik nama-nama yang daftar melalui cawangan tu, kebanyakkannya orang yang dekat dengan orang kuat cawangan tu. Kebanyakannya cuma setakat anak cucu depa ataupun jirang tetangga dekat rumah depa saja.

Apa yang aku nak bagitau, sebenarnya masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi walaupun kat kampung yang memang kuat Pas. Depa-depa tu dah tentu punya akan undi Pas nanti. Nak harap depa pi daftar kat pejabat Pos jangan harap la. Satu dalam seribu pun belum tentu.

[sumber: DPPKPB]
Pasai tu la kena buat Projek Khas Daftar Pengundi Baru Mega tu. Kena sampai tahap ketuk pintu setiap rumah ahli dan penyokong parti.

Susah, memang la susah. Ingat senang ka nak tawan Putrajaya. Kalau nak senang tak payah buat kerja. Duduk rumah goyang kaki tengok TV. Lepas tu bila dah tutup pusat mengundi, tunggu berapa nak kalah. Lepas tu tumbang lembu kerbau buat kenduri kesyukuran kat markas pasai "kita tak kalah cuma belum menang."

Kat bawah ni data terbaru bilangan rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi. Hangpa tengok, berapa ramai lagi yang belum mendaftar.


   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...