Sebelum tu, hari ni katanya Bersih 2.0 ada temujanji dengan SPR. Nak tau apa cerita kena pi stadium malam ni, tentu ada cerita menarik. Tentu punya ada cerita pasai "hujjah BANGANG" dari SPR.
Tuntutan Bersih 2.0 kali ni adalah
- Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.
- Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.
- Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.
- Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) akses bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.
- Tempoh kempen minima 21 hari
- Amalan-amalan adil dan professional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.
- Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.
- Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
- Reformasi dalam urusan kewangan pilihanraya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.
- Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri.
- Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus.
Cenangau Daunkari
Nota kakimakan cekam: Jagan berulang macam yang jadi di Stadium Kelana Jaya masa Protes 2 tahun lepas sudah laa.
Nota kaki