Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.Nak tengok kuat atau tak kuatnya aqidah ahli Pas ni mudah ja aku rasa. Tengok masa solat subuh jamaah. Kalau aqidah dah betul-betul mantap aku rasa sepatutnya jemaah subuh di surau dan masjid penuh terutamanya di kawasan kubu Pas. Aku tak berani nak anggarkan berapa peratus ahli Pas yang solat subuh secara berjamaah. Silap-silap yang sembahyang "subuh gajah" pun ramai lagi.
Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.
Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.
"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai.
Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.
"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.
"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.
Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi.
Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat. - Hrkh
Bab kelemahan pentarbiah ni patutnya Dewan Ulama' ambik serius. Jangan hanya pandai merungut pasai aktiviti tarbiah kurang dapat sambuatan dan kurang diminati tapi Dewan Ulama' kena berusaha untuk cari sambutan dan tanamkan minat tu. Masalahnya bukan takat ahli biasa saja yang tak berminat, golongan ustaz pun ramai yang tak berminat.
Bab cawangan tak banyak dan yang ada pun banyak yang tak bergerak ni Setiausaha Agung kena betul-betul proaktif. Cawangan yang cuma buat mesyuarat setahun sekali pun banyak aku rasa.
Pejabat Setiausaha Agung kena ada plan tindakan besar untuk atasi masalah ni. Dengan realiti yang ada sekarang ni, kalau PAS buat pemilihan dengan kaedah satu ahli satu undi macam yang PKR buat, aku yakin akan lagi cempera dari yang jadi kat Keadilan.
Masalah keahlian pun satu hal yang besar jugak aku rasa. Entah bila la proses pemutihan keahlian PAS ni boleh berjaya dibuat. Aku dengar istilah pemutihan ni dah cukup lama, sejak dari hujung 90an lagi. Dah lebih 10 tahun tak selesai-selesai jugak lagi.
Dalam berita tu jugak dilaporkan:
Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno. - HrkhMasalahnya undi ahli keluarga Pas pun belum tentu dapat semua. Nak dapat semua macamana kalau ramai lagi anak-anak orang Pas pun belum daftar sebagai pengundi. Dah la undi ahli Umno payah nak dapat, takkan undi anak ahli Pas pun kita nak sia-siakan.
Kat Kawasan hangpa Projek Khas Daftar Pemilih Mega dah berjalan ??
Sumber pic: Fb Idhamlim