Rela bakal jadi penyelamat Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 10, 2010

Rela bakal jadi penyelamat Umno?

Malaysiakinni melaporkan:
PAS berharap sasaran membuat penambahan mendadak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 tidak mempunyai kaitan dengan agenda BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata angota pasukan itu tidak harus menjadi "tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos" dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.  - Mkini
 [Pic : Mkini]
Kalau betui pun masa PRU13 nanti, anggota rela akan jadi pengundi pos aku langsung tak heran. Pasainya benda tu memang mudah SPR nak buat.

Depa ni tak payah pun didaftarkan sebagai pengundi pos. Maksud aku depa ni tak perlu didaftarkan semula maca polis askar dan isteri askar untuk membolehkan depa jadi pengundi pos.

SPR cuma perlu buat ketetapan yang anggota rela diperlukan untuk membantu polis jaga keselamatan semasa kempen pilihanraya dan pada hari mengundi. Jadinya depa yang bertugas tu boleh dilayakan uuntuk memohon sebagai pengundi pos sama macam petugas sementara SPR yang lain yang bertugas masa hari mengundi.

Walaupun mungkin Umno tak mudah nak manipulasi undi depa macam Umno buat dengan undi pos polis dan askar serta isteri askar tapi sebagai anggota pakaian seragam tak susah mana untuk "memaksa" depa ni untuk  BN.

Ataupun untuk mudahkan depa manipulasi, Umno boleh cadangkan diujudkan kem untuk anggota rela. Cukup satu kem untuk satu parlimen. Dan memang pun pentadbiran rela ni ikut sempadan parlimen. Bila dah ada kem, lagi mudah la Umno kalau depa nak manipulasi undi tu.

Masalahnya, apa yang PR boleh buat. Realitinya takdak apa sangat yang PR boleh buat selain dari buat bising macam yang Ust Idris buat tu. Tapi kalau nak buat bising baik buat betul-betul. Biar bising yang semua rakyat malaysia akan bagi perhatian. Baru la pemimpin Umno pun melalui SPR sebagai kelab penyokong Umno akan bagi perhatian.

Takdak cara lain nak buat bising yang cukup-cukup "bising" melainkan dari turun ke jalan raya. Tara "bising" Bersih dulu pun SPR dah mengelabah, kalau PR boleh buat macam Geng Baju Kuning di Thailand, tentu punya depa terpaksa ikut kehendak kita.

Oleh itu kepada orang Selangor dan Wilayah Persekutuan, jangan lupa malam ni temujanji hangpa di Stadium Kelana Jaya.


Geng baju kining Thailand [Sumber: sweetsoulmate]

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...