Jawapan aku pendek saja. "Hang taktau ka yang Umno Parit Buntar dah buat lama benda macam tu? Cuma depa tak heboh-heboh ja."
Aku sampai bagitau kat member tu berapa angka sebenar yang PAS daftarkan dari pada semua jumlah pengundi baru sejak selepas PRU12. Dan aku suruh dia congak agak-agak berapa yang Umno daftarkan.
Jawapan dia "Takkan banyak tu ja?" Habih tu yang selama ni hangpa dok buat..."
Jadinya, apa masalahnya kalau depa tulis dalam web pun. Lagi pun, kalau tak tulis dalam web pun Umno memang tau. Pemuda buat program makan kerang pun SB ada call, tanya aku. Apa sangat yang boleh rahsia dalam Pas ni pun. Dan pada aku memang sepatutnya pun program macam ni dicerita dalam web, biar ahli tau apa yang Pas kawasan buat, bukan setakat rajin mesyuarat saja.
Apa pun patut ucap tahniah pasai Dewan Muslinat dan Dewan Pemuda Parit Buntar nampak bersungguh-sungguh nak menjayakan projek ni. Dengan kerjasama Upu Cawangan yang terlibat insyaallah projek ni akan dapat capai target.
Sehubungan dengan itu, tambahnya PAS Kawasan Parit Buntar bersama-sama jentera Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah memulakan gerak gempur daftar pemilih bagi pengundi baru di DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.Aku tau, dah banyak kawasan buat projek macam ni, tapi aku yakin lagi banyak kawasan yang tak buat projek macam ni. Kalau kawasan macam Ipoh Timur tak buat, aku pun tak heran, tapi kalau kawasan macam Parit Buntar dan Bagan Serai pun tak mampu buat memang BANGANG laa...
Dalam gerak gempur ini Jentera Pilihanraya PAS Parit Buntar mengembling tenaga turun ke cawangan-cawangan bagi mencari pengundi baru untuk didaftarkan sebagai pemilih.