Aku tak berapa reti bahasa undang-undang tapi setakat apa yang aku difahamkan masa sibuk nak pilihanraya umum tahun 2004 dulu, dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 tu (pindaan tahun 2000 kalau tak silap aku) memang senang-senang kalau calon PAS nak dibatalkan kemenangan.
Ada member sampai kata "Kalau macam ni punya undang-undang baik tak payah masuk pilihanraya dah tentu tak menang punya, baik kita perang betui-betui. Lagi senang nak syahid."
Tapi ada sorang yang bagi jawapan yang cukup cantik. "Kita buat ja apa pun bagi menang dulu, kita kena menang dulu baru depa boleh batalkan. Kalau menang pun dak nak batalkan macammana. Dah batal esok baru kita bincang pulak macamana nak lawan."
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 BAHAGIAN III PERBUATAN-PERBUATAN RASUAHKalau ikut apa yang aku boleh faham dengan ayat kat atas, tak kira bagi sebelum, semasa atau selepas pilihanraya; juga tak kira secara sendiri atau melalui mana-mana orang lain, tetap boleh dikira Penjamuan atau Penyogokan, semua boleh disabitkan.
Penjamuan
8. Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendirinya atau melalui mana-mana
orang lain, sama ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara
langsung atau tidak langsung memberi atau mengadakan atau menyebabkan diberi
atau diadakan, atau yang menyertai hal memberi atau mengadakan itu, atau yang
membayar atau mengaku janji akan membayar kesemuanya atau sebahagiannya,
belanja bagi memberi atau mengadakan apa-apa makanan, minuman, makanan atau
minuman ringan atau bekalan, atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau
tipu daya lain untuk membolehkan apa-apa makanan, minuman, makanan atau
minuman ringan atau bekalan didapatkan, bagi atau untuk mana-mana orang bagi
maksud untuk memperngaruhi secara rasuah orang itu atau mana-mana orang lain
supaya memberi atau tidak memberi undinya dalam pilihan raya itu atau oleh sebab
mana-mana orang itu atau mana-mana orang lain telah mengundi atau tidak
mengundi atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihan raya itu, dan
tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, secara rasuah menerima atau mengambil apaapa
makanan, minuman, atau penyegar atau bekalan itu atau mana-mana wang atau
tiket itu atau yang menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu untuk
membolehkan makanan, minuman, penyegar atau bekalan itu didapatkan adalah
bersalah atas kesalahan menjamu.
Penyogokan
10. Orang-orang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan
menyogok:
(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara
langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi
pihaknya, memberi, meminjamkan atau bersetuju untuk memberi atau meminjamkan,
atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha
untuk mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana
pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak
mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain,
bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi, atau yang secara rasuah
melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau
pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;
Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah
(2) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan dalam manamana
undang-undang bertulis berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, tiaptiap
orang yang disabitkan atas sesuatu perbuatan rasuah tidak boleh, oleh sebab
sabitan itu, didaftar atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau untuk mengundi
dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya, dan jika
pada tarikh itu dia telah pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, maka kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu: - SPR
“Kalau SPR kata tidak boleh, maka kita tidak akan bagi (wang) kepada pengundi (luar) ini.Aku rasa dah jadi satu "rahsia yang semua orang tau", memang selama ni pun PAS memang dah buat benda macam ni. Umno pulak lagi la lama dah buat benda macam ni, bahkan lebih dari tu pun depa dah buat.
“Lagipun kita belum bagi lagipun, kita hanya akan bagi selepas hari pengundian bukan sebelum,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman.
“PAS tidak akan melanggar mana-mana Akta Kesalahan Pilihan Raya, kalau SPR kata tidak boleh kita akan ikut,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau memberi jaminan PAS akan menghormati keputusan SPR dan tidak akan langgar akta tersebut.
Bagaimanapun Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, walaupun PAS tidak akan membiayai kos pengangkutan itu, namun mungkin ada badan sukarelawan yang akan membiayainya.
“PAS akan ikut arahan yang dikeluarkan SPR, tapi saya tidak tahu kalau ada badan atau sukarelawan lain yang membiayi kos pengangkutan pengundi luar ini. - TMI
Jadinya, aku harap dan aku yakin, PAS akan tetap bayar jugak duit tambang tu. Macam yang aku tulis kat atas tu, buat la apa pun yang dirasakan patut untuk menang. Dah menang esok kita tengok depa berani nak batalkan ka dak kemenangan tu.
Aku yakin depa tak berani batalkan punya laaa... Tapi kalau depa batalkan lagi syok!!!
Tapi... depa tak berani punya laaa... tak berbaloi pun!!!
Nota kaki