Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.Sebenarnya, Najib cadangkan buat hub haram tu bukan pasai nak raikan pelancong asing sangat tapi lebih kepada nak sediakan "kemudahan" untuk pemimpin Umno. Memang padanlah dengan cadangan Najib tu, benda-benda kelab malam ni memang sesuai sangat dengan pemimpin Umno. Ataupun, mungkin lebih sesuai kalau aku guna istilah "keperluan untuk pemimpin Umno".
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. - Malaysiakini
Sorang blogger Puteri Umno ada tulis, masa persidangan Umno baru ni, Kelab Dangdut kat Kuala Lumpur penuh dengan perwakilan Umno. Dia siap tulis
Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!
Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…
Cumanya Najib mungkin nak bagitau, sempena Program Transformasi Ekonomi (ETP) dia tu, dia nak pemimpin Umno pun berubah, jangan kekal dengan tahap lama. Apa kelas kalau setakat lepak kat kelab dangdut. Kena ada peningkatan. Pasai tu la dia cadangkan dibuat pub yang lebih hebat. Biar senang pemimpin Pemuda dan Puteri lepak kat situ.
Lagi satu, aku perlu berlaku adil. Pemimpin Pas pun aku patut belasah jugak. Aku rasa perlu dibelasah jugak Ust Idris dengan pasukan dia dalam Penerangan Pas Pusat.
Masa satu program dulu, aku tak ingat kat mana, tapi Ust Idris semacam berjanji yang pihak penerangan akan buat buat poster-poster menarik berkaitan isu-isu semasa yang panas. Katanya poster tu akan dihantar kepada semua Ketua Penerangan melalui email untuk dicetak dan disebarkan ke "rumah-rumah sasaran" di kawaasan masing-masing.
Masalahnya aku tak nampak pulak keluar poster menarik berkenaan isu hub haram ni. Isu panas sebelum-sebelum macam isu fesyen Islamik stail Rosmah pun aku tak nampak poster menarik.
Takkan dalam hampir sejuta ahli Pas, takdak yang boleh buat poster-poster menarik. Takkan takdak ahli Pas yang tera guna photoshop dan segala macam software grafik yang canggih yang ada la ni.
Isu panas yang menyentuh halal haram macam ni Lajnah Penerangan patut exploite betul-betul. Pasainya, isu ni cukup dekat dengan orang Melayu Islam. Kalau betul Pas nak menang banyak kerusi PRU13 nanti (kebanyakkan kerusi yang Pas bertanding dan kalah adalah kerusi yang peratus pengundi Melayu lebih 80%) isu-isu macam ni la yang patut diketengahkan betul-betul.
Kena pastikan sungguh-sungguh cerita perangai pemimpin Umno ni sampai kepada semua rumah orang Melayu Islam. Buat biar sampai Umno menyerah kalah macam dalam isu Lesen Judi Bola hari tu.
Apa pun, aku cukup tertarik dengan ayat yang Ust Din Tantawi tulis dalam FB dia pasai isu "hab haram" bersempena Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang Najib cadang nak buat tu.
Cenangau Daunkari
Nota kakimakan cekam: Ataupun, mungkin Penerangan ada buat tapi aku yang taktau. Masalahnya kalau orang macam aku pun taktau, baik tak payah buat, buang masa jaa...
Nota kaki