Pengerusi SPR ni memang bangang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 03, 2010

Pengerusi SPR ni memang bangang

Sebelum ni banyak blog laporkan pasai perbuatan Puteri Umno yang bagi RM20 kepada orang ramai yang hadir satu program Umno di batu sapi.

Pengerusi PSR mungkin rasa dah jadi tanggungjawab dia sebagai ahli Kelab penyokong Umno BN, dia kena pertahankan Umno, kena bela Umno.
Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu. - Mkini
Tapi yang bangangnya, takkan dia taktau apa yang ada dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, petikan yang ada dalam web SPR sendiri pun tertulis dengan jelas
... bagi maksud untuk memperngaruhi secara rasuah orang itu atau mana-mana orang lain supaya memberi atau tidak memberi undinya dalam pilihan raya itu atau oleh sebab mana-mana orang itu atau mana-mana orang lain telah mengundi atau tidak mengundi atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihan raya itu. - SPR
Tapi bila fikir balik, nak heran apanya, memang tara tu ja tahap puak-puak yang sungguh-sungguh nak membela Umno pun. Nak kata apa lagi, bukan senang nak bela kesalahan tambah pulak kesalahan Umno yang menang jelas dan nyata macam tu.

Kat bawah ni video kejadian berkenaan.





Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...