Macam aku tulis tadi, memang aku tak reti bab-bab ekonomi, jadinya kalau ada orang tanya aku apa alasan aku menentang pembinaan tu bangunan bagak tu, memang aku takdak hujjah.
Jadinya aku nak pinjam hujjah Pak Bakar Penarikbeca
Anda tahu tak, kalau melalui tender terbuka, kos membuat sebuah politeknik ialah kira-kira RM100 juta manakala kos untuk membuat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula kira-kira RM36 juta. Maknanya dengan RM5 bilion itu atau boleh buat 50 politeknik atau kira-kira 142 MRSM untuk kepentingan rakyat. [Sepenuhnya di sini]Hujjah orang Tronoh yang kas Sabah ni pun menarik jugak
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menyatakan ada sejumlah 72.67 juta kaki persegi ruang pejabat di Kuala Lumpur pada masa ini. Sebanyak 58.51 juta kaki persegi telah dihuni, yakni pada kadar 80.51%. Itu bermakna Kuala Lumpur ada lebihan 19.5% ruang pejabat kosong.Setakat aku tulis entry ni cuma ada 2046 saja yang baru sign petition tu. Ramai lagi nampaknya yang belum sign. Kalau takat ramai tu tak jadi kudis apa, tapi kalau boleh dapat 5juta yang sign petition tu baru la gempaq.
Menara Warisan Merdeka yang kosnya mencecah RM5 bilion dijangka menyediakan tambahan sebanyak 3 juta kaki persegi ruang pejabat lagi. Itu belum campur dengan projek bangunan pejabat yang lain. [Sepenuhnya di sini]
Pada aku, pembinaan tu tak lebih sekadar impian peribadi Najib. Dia teringin nak letakkan sati mercu tanda yang tinggi supaya bila orang tengok menara tu, orang akan ingat yang Najib Razak pernah jadi PM.
Nota kaki