Kejayaan pertama Ku Li | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 25, 2010

Kejayaan pertama Ku Li

Pertempuran di PRK N45 Galas baru saja bermula. BN baru menumumkan, Setiausaha Bahagian Gua Musang yang juga Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sebagai calon Umno mewakili BN.

Gambar hiasan [sumber]
Pertandingin kali ni rata-rata pengulas politik menyifatkan sebagai perlawanan yang getir untuk kedua-dua pihak. Walaupun Pas sebagai penyandang tapi peluang untuk menang masih 50-50. 

Walaupun baru bermula, manpaknya Ku Li dah pun dapat mata pertama. Ku Li sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian dapat manfaat yang pertama bila Muhyiddin Yasin umumkan yang kerajaan pusat akan bina 18 blok rumah pangsa dengan 1,500 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang.

Walaupun projek tu tak semega projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat tapi projek tu boleh dianggap antara projek terbesar kerajaan Pusat di Kelantan.

Aku yakin projek PPR tu mesti idea dari Ku Li, mungkin sebagai syarat untuk dia terima tanggungjawap sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya PRK Galas yang perlu dia galas.

Selain dari bawak penbangunan ke kawasan Parlimen dia, ada satu lagi keuntungan yang lebih besar yang akan Ku Li dapat hasil dari projek PPR tu. Ku Li bakal dapat tambahan undi yang besar untuk pilihanraya yang akan datang.

Pasainya dah barang tentu, peserta PPR yang akan dipilih untuk dapat rumah tu akan disemak dulu keahlian depa. Mungkin perlu dapatkan sokongan dari ketua cawangan kat dalam borang permohonan. Tentunya keutamaam akan diberi kepada orang yang memegang keahlian Umno.

Dari 1,500 peserta paling kurang pun tentu boleh dapat 80% untuk orang Umno kalau pun tak 100%. (Pasainya akan ada jugak orang Pas yang sanggup berlakon jadi Umno untuk dapat rumah tu.) Ditambah pulak dengan para bini depa, tah berapa ribu tambahan pengundi yang bakal mengundi untuk Ku Li untuk pilihanraya yang akan datang. Lepas tu akan bertambah lagi bila depa tu beranak pinak.

Senang-senang kelebihan pengundi di situ boleh tutup kelebihan yang Pas ada di Lembaga Kemajuan Tanah Sungai Terah yang Pas ujudkan di zaman Asri.

Dengan siapnya projek PPR tu nanti, status Ku Li sebagai "Raja Gua Musang" akan terus kekal tanpa boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Mungkin ramai yang fikir projek PPR tu tak lebih sekadar janji pilihanraya sama macam janji di mana-mana PRK yang cuma sekadar janji tapi harus diingat, dengan peluru royalti minyak yang Ku Li ada, janji tu terpaksa ditunaikan.

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Apa pulak janji pilihanraya dari kerajaan negeri kali ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...