Punya la menarik isu ni, sampai Shafie Afdal cadangkan Umno gunakan platform masjid untuk mendaftarkan pengundi terutama dari kalangan orang islam pasai ramai orang Islan yang belum mendaftar.
Lebih menarik lagi, bila ditimbulkan di parlimen cadangan supaya dibuat pengaftaran automatik, menteri yang jaga bab ni, cuma mampu ulang balik alasan bangang SPR.
Nazri berkata, kaedah itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat dalam kad pengenalan.Memang sangat-sangat bangang jawapan tu, pasainya yang dilaksanakan sekarang ni pun memang macam tu. Maksud aku, orang yang mendaftar sebagai pengundi baru, tempat mengundi dia akan ikut alamat di dalam kad pengenalan, tak kira di mana pun dia tinggai.
"Jika dilaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, ia akan memberikan implikasi yang besar kepada mereka yang terlibat memandangkan keadaan mobiliti penduduk yang sangat tinggi ekoran berpindah alamat kediaman, pertukaran tempat kerja dan sebagainya," katanya. - Hrkh
Contohnya, kalau alamat dalam kad pengenalan dia di Parit Buntar tapi dia kerja di Batu Sapi dan mendaftar di pejabat POS di Gua Musang, nama dia akan dimasukkan di daftar pemilih kawasan P057 Parit Buntar. Tak timbui langsung isu keadaan mobiliti, alamat kediaman atau alamat tempat kerja. Kerani pejabat Pos tu cuma isu borang ikut alamat dalam kad pengenalan dia. Spr nanti akan proses borang tu berdasarkan alamat yang ada dalam ALIS Jabatan Pendaftaran Negara.
Tulisan Muhaimin Sulam dalam harakah edisi 1528 yang lepas menarik untuk dibaca. Dia tulis macamana sistem yang digunakan di Britain yang aku rasa patut diamalkan oleh SPR.
Untuk melanggan Harakah cetak edisi online boleh klik di sini.
Bagi sapa-sapa yang belum mendaftar dan rasa-rasa teringin nak mengundi untuk PRU13 nanti, aku sarankan supaya pi ke mana-mana pejabat Pos dan mendaftar dalam tahun ni jugak. Kalau tahun depan baru nak mendaftar besar kemungkinan tak layak untuk mengundi bila Parlimen dibubarkan awal tahun depan.
Nota kaki