Bila aku dapat online malam ni, terus aku cuba bukak blog aku. Memang betui, tak boleh bukak. Bukan setakat tak boleh bukak tapi google kata blog aku tak ujud.
Bila aku try bukak akaun aku kat bloggerD, nasib baik boleh. Tapi lepas tu google mintak aku tukar password, lepas tu pulak mintak aku varify akaun tu guna handphone. Mushkil aku, selama ni tak pernah pulak kena buat macam tu.

Bila aku cuba bukak email, lagi sekali aku terkejut. Google bagitau yang akaun aku ada dibuka oleh "suspicious user". Bila aku click nak check detail keluar window macam yang kat bawah.
Penin aku, takkan blog Cenangau yang cikai macam ni pun ada yang nak hack. Kalau macam blog Al-Banjari tu lain laaa...
Ada sapa-sapa yang pakar IT boleh tolong komen, risau aku...
Update: Apa-apa pun baik aku back-up blog dulu. Lama dah ta buatk back-up. Bagi yang tak pernah back-up blog, try click kat sini
Update lagi: Nak up balik pun senang ja, boleh tengok kat sini.
Nota kaki