Rupa-rupanya Aziz Bari cadangkan bukan dua jawatan tu di tukar tapi Pegawai kewangan negeri juga patut di tukar.
Malaysiakini melaporkan:
Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka. - MkiniHujjah Dr. Aziz Bari sebab tiga jawatan tu patut Kerajaan PR yang tentukan sendiri pasai ketiga-tiga jawatan tu adalah lantikan kerajaan persekutuan, jadinya tak mustahil depa ni jadi talibarut kerajaan persekutuan untuk kucar-kacirkan kestabilan di negeri yang PR perintah.
Lagi pulak depa bertiga ni adalah anggota kabinet negeri, maksudnya depa bertiga duduk dalam mesyuarat Exco, jadinya segala rahsia kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco ada dalam pengetahuan depa. Bukan setakat dalam pengetahuan tapi tentunya semua minit mesyuarat ada dalam simpanan depa. Jadinya cukup mudah kalau Umno nak dapatkan rahsia kerajaan PR.
Selain dari masalah rahsia, masalah kerja pun masalah besar jugak. 3 jawatan tu memang pegang kuasa yang sukup besar. Kalau depa sendiri tak jalankan kehendak kerajaan negeri atau keputusan mesyuarat Exco sekalipun, apa yang boleh kerajaan negeri buat.
Paling kurang pun depa boleh lengah-lengahkan. Kalau benda boleh selesai dalam masa sebulan tapi depa mungkin ambil masa 3 bulan baru selesai. Akhirnya kerajaan negeri PR yang dapat nama buruk.
Kalau ikut kata Dr. Aziz lagi, takdak masalah dari segi perlembagaan untuk kerajaan negeri nak lantik sendiri. Kalau ada masalah pun cuma kalau Umno guna saluran istana. Pasainya ketiga-tiga jawatan tu secara rasminya dilantik oleh istana. Jadinya mau tak mau kerajaan negeri PR nak kena sembah daulat tuanku jugak laaa...
Cenangau Daunkari
Berkaitan
Berkaitan
Nota kaki