Utusan melaporkan:
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.Dan seperti biasa, di Malaysia benda-benda tak elok ni, orang Islam yang paling ramai. Puncanya kalau tanya semua orang boleh bagi jawapan. Tapi kalau tanya macamana nak selesaikan masalah tu, aku yakin tak ramai yang boleh bagi jawapan yang dia sendiri yakin boleh berjaya.
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. - Utusan
Kalau tanya Ulama' Islam, pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut depa, suruh kembali kepada ajaran dan tuntutan Islam. Sangat jelas dalam Islam zina dan tambah-tambah lagi rogol adalah perbuatan yang keji dan sangat jelas haramnya.
Jumhur Ulama' Islam kata hukum untuk zina termasuk dalam hukum hudud, kalau belum kahwin kena sebat 100 rotan dan kalau dah kahwin kena rejam sampai mati.
Aku yakin kalau hukuman hudud tu dijalankan, kalaupun mungkin tak boleh hapuskan terus zina, mesti punya kes zina sangat-sangat kurang. Kalau dah orang ramai tengok sendiri apa yang jadi kepada orang yang buat zina tentu punya yang terniat nak buat zina akan fikir berpuluh kali. Yang berani buat pun mungkin yang benar-benar jahat.
Negara Malaysia, walaupun Mahathir masa jadi PM dulu kata Malaysia negara Islam yang popular dengan selogan "Penerapan Nilai-nilai Islam", tak jalankan hukum zina mengikut hukum hudud.
Zaman Paklah jadi PM yang mempopularkan slogan Islam Hadhari pun tak laksanakan hukum hudud. Aku yakin zaman Najib jadi PM ni yang guna selogan 1Malaysia tentu punya takkan laksanakan hukum hudud.
Adakah dengan masuknya 40 ulama muda ke dalam Umno, Umno akhirnya akan setuju nak laksanakan hukun hudud? Jangan mimpi la...
Cenangau Daunkari
Nota kaki