Mungkinkah Anwar ejen Yahudi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 02, 2010

Mungkinkah Anwar ejen Yahudi?

Isu berkenaan tulisan dalam Washington Post yang gambarkan seolah-olah anwar ejen yahudi jadi semakin menarik bila Ust Haron Taib, Ketua Dewan Ulama' PAS pun terbabit sama.

mStar melaporkan:
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.

"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini. - mStar
Untuk menjawab kekeliruan dalam laporan mStar tu, Ust Haron Taib menjawab pulak dalam Harakahdaily. Harakahdaily melaporkan:
"Saya tidak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim nyatakan pendirian peribadinya dengan Yahudi, saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib (kanan).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online hari ini yang berjudul 'Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian'. - Hrkh
Bila aku baca 2 berita kat atas tu, tiba-tiba aku teringat balik isu Kerajaan Perpaduan yang dah pun "tutup buku" tu. Ust Haron memang disebut sebagai antara pendokong Kerajaan Perpaduan.

Aku tak ingat sapa, tapi ada orang bagitau kat aku antara punca utama ujudnya idea kerajaan Perpaduan pasai ada dalam kalangan pimpinan utama PAS yang kata Anwar sebenarnya ejen yahudi. Orang tu bagitau aku yang Dr. Yusuf Qardawi pun kata Anwar sebenarnya ejen yahudi.

Betul atau tak soal kedua, tapi persepsi yang ujud memang ke arah tu. Kalau pun bukan ejen yahudi tapi Anwar dilihat cukup rapat dengan yahudi. Sampai sekarang aku sendiri masih prejudis, atau lebih tepat lagi, bersangka buruk dengan hubungan Anwar dengan yahudi.

Yang paling aku mushkil, apa sebenarnya tujuan Anwar ada hubungan yang cukup erat dengan orang yahudi. Apa keuntungan yang Anwar dapat dengan ada kawan rapat dari bangsa yahudi. Sebagai orang politik, apa keuntungan politik yang Anwar boleh dapat dengan hubungan tu. 


   Cenangau Daunkari

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Entah apa pulak orang yahudi tu nak dengan berkawan rapat dengan Anwar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...