Ust. Hasan Shukri pernah pimpin PAS Parit Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 15, 2010

Ust. Hasan Shukri pernah pimpin PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR , 14 Jun : Pemergian Bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Tokoh veteran PAS ini meninggal dunia selepas pulang dari menghadiri Muktamar PAS Pusat kali ke 56.

Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim berkata, PAS kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada parti itu.

 “ Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada PAS dan negara. Jasanya terlalu besar dalam membangunkan Markas PAS di Taman Melewar.

“ Beliau juga adalah pakar perlembagaan PAS dan sentiasa menjadi rujukan kepada ahli dan pimpinan PAS di Malaysia” katanya

Haji Harun berkata, PAS Parit Buntar juga pernah dipimpin oleh Allahyarham selama pada dua tahun pada tahun 1989.

“ Semasa PAS Parit Buntar menghadapi krisis dalaman pada tahun 1989. Allahyarham telah diamanahkan oleh Jawantankuasa Kerja PAS Pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir PAS Parit Buntar ” katanya

Tambahnya, dua bulan lepas Allahyarham telah hadir ke Parit Buntar menyampaikan taklimat pindaan perlembagaan PAS kepada pimpinan PAS kawasan dan cawangan.

“ Semasa di Parit Buntar, Allahyarham banyak memberi nasihat agar PAS Kawasan berusaha menambah cawangan PAS kerana PAS akan kuat dengan bertambahnya cawangan” katanya 

Sumber: Pas Parit Buntar

Nota kaki makan cekam:  Istilah krisis dalaman aku rasa kurang tepat. Pasainya pimpinan PAS Parit Buntar masa tu bukan lawan sama sendiri tapi lawan keputusan PAS nak kerjasama dengan Semangat46.

Sebagai protes kerjasama tu depa ambil keputusan meletak jawatan sebagai AJK PAS Kawasan diketuai Hj Jaafar Ali sendiri sebagai YDP merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika tu.

Masa itulah Allahyarham Ust Hassan Shukri dilantik menjadi Pengerusi Tadbir PAS Kawasan Parit Buntar.

Dipendekkan cerita akhirnya depa dipecat dari PAS atas sebab bertanding sebagai calon bebas pada PRU 1990.

 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...