PAS Kelantan mungkin bagi kerusi selamat untuk calon dari DHPP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 14, 2010

PAS Kelantan mungkin bagi kerusi selamat untuk calon dari DHPP

Nampaknya Umno memang takut dengan keberanian PAS buat keputusan benarkan orang bukan Islam bertanding guna lambang Pas. Depa pun nampaknya macam heran dan tak yakin Pas boleh laksanakan keputusan tu.  

Yang pertama sekali,  aku heran pasai apa pemimpin Umno tu guna istilah "korbankan kerusi"? Istilah tu langsung tak kena. Mana ada PAS korbankan kerusi. Kerusi tu masih lagi milik PAS dan calon yang akan bertanding tu pulak PAS akan bagi watikah dan perlu buat 'baiah' dengan PAS.

Depa ingat orang PAS ni berfikir macam orang Umno berfikir. Pemimpin Umno ni mungkin rasa PAS akan terasa macamyang depa rasa bila Umno terpaksa korbankan kerusi Parlimen Grik kepada Gerakan. Istilah "korbankan kerusi" tu memang sesuai kalau untuk kes kerusi Parlimen Grik dan banyak lagi kerusi yang majoriti pengundi melayu yang Umno korbankan untuk Gerakan, MCA, MIC dan PPP.

Untuk kes bagi kerusi pada orang bukan Islam guna lambang PAS, kalau calon tu menang dia masih dipanggil wakil rakyat PAS dan tentu punya Pusat Khidmat wakil rakyat tu pun PAS yang kontrol. Malah aktiviti Pusat Khidmat dan aktiviti wakil rakyat tu sendiri pun PAS yang akan atur dan selia.  

 Yang keduanya, PAS takdak masalah langsung kalau setakat nak sediakan kerusi untuk orang bukan Islam bertanding guna lambang PAS. Kalai ikut keputusan PRU12, ada belambak kerusi yang boleh PAS bagi.

Kalau masa PRU12 pun PAS dah boleh bagi Kumutha bertanding di kerusi Tiram yang memang hak PAS, apa sangat untuk yang ke depan ni, bila dah ada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dah rasmi jadi sayap PAS.

Malah jangan terkejut kalau TG Nik Aziz bagi satu "kerusi selamat" di Kelantan sendiri untuk calon dari DHPP untuk jadi calon PAS pada PRU13.

Kalau untuk PKR dan sebelum ni Semangat46 pun orang PAS boleh beralah, apa sangat kalau setakat nak bagi laluan untuk calon dari DHPP, sayap PAS sendiri.

Aku yakin masa tu Umno akan terkedu, terpaksa cari peluru baru pulak nak belasah PAS pasai PAS bukan takat cakap kosong tapi sanggup bagi kerusi selamat untuk nak bagitau PAS bukan main-main.

Malaysiakini melaporkan Ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan berkata:
"Saya ingin tanya, di mana nak letak calon bukan Islam ini? kecuali (melainkan) mereka (PAS) berani nak letak di kawasan mereka.

"Kalau tidak, ini mungkin satu retorik politik untuk ambil hati orang tertentu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau turut mempersoal jika DAP tidak akan memberikan kawasan mereka kepada PAS, maka adakah PAS sanggup mengorbankan kawasannya sendiri.

"Kalau hendak tempatkan (calon) di kawasan bukan Islam, DAP perlu beri laluan kepada PAS. Kalau DAP tidak mahu bagaimana?

"Jika tidak, PAS terpaksa berkorban dengan meletakkan calon bukan Islamnya di kawasan mereka. Adakah PAS sanggup? Yang mana mereka (PAS) akan ketengahkan?" soalnya.  - Malaysiakini

Nota kaki makan cekam:  Memang kecut perus Umno dengan keputusan berani PAS ni.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...