"Pakatan Rakyat Perak alu-alukan Adun BN yang tidak puas hati dengan Umno/BN untuk meninggalkan dan mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Zambry bagi membolehkan pembubaran Dun," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.Rupa-rupanya sidang media tu nak bagitau yang Pakatan Rakyat Perak tak setuju Adun melompat parti, walaupun Adun Umno BN nak melompat ke PR.
Sebelum itu, Nizar yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang mendedahkan memang terdapat beberapa Adun BN yang datang bertemu beliau dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Zambry dan menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu.
"Saya didatangi pemimpin Umno bahagian termasuk beberapa Adun mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno/BN di Perak dan ingin meninggalkan parti itu," katanya.
PR Perak bagaimanapun tegasnya, mahu Adun-Adun yang tidak berpuas hati itu menggunakan saluran yang betul dan mengikut undang-undang, tidak boleh dengan cara lompat parti.
"Kalau betul-betul tak puas hati, nyatakan di Dun dan gunakan saluran yang betul dengan mengusulkan undi tidak percaya. Kita mahu hak rakyat diberikan semula dengan membubarkan Dun. - eBel
Dalam bab ni aku salute kat Pakatan Rakyat Perak yang secara terang dan jelas tak kata tak setuju dengan tindakan Adun melompat.
Memang pun patutnya macam tu. Kalau kita setuju dengan lompat melompat ni, aku rasa tah
bila politik Perak baru nak aman. Nak aman macamana kalau selang berapa hari lepas bentuk kerajaan baru, ada Adun lompat keluar. Puak satu lagi pulak kerajaan baru, lepas tu ada pulak yang lompat keluar, puak satu lagi pulak bentuk kerajaan baru. Tak habih-habib la bentuk kerajaan tapi kerja apa pun tak sempat nak jalan.
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10