Memang macam tu kot cara Mufti bekerja | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 07, 2010

Memang macam tu kot cara Mufti bekerja

TV Selangor melaporkan:

Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan.

TV Selangor menghubungi Dato’ Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat. - TvSelangor
Aku yakin memang macam tu cara mufti kat Malaysia ni bekerja. Kalau takdak sapa yang tanya depa buat tak reti. Depa bukan peduli kalau punorang awam jadi caca merba.

Selagi takdak sapa-sapa mintak fatwa kat depa, jangan harap depa nak keluarkan fatwa. Aku taktau apa pegawai dan kakitangan pejabat mufti buat pi pejabat hari-hari. Tah apa kerja depa. Takkan duduk saja kut.

Lagi satu, kalau tak silap aku, setiap negeri bukan saja ada mufti tapi ada jawatankuasa fatwa negeri yang dilantik dari kalangan ulama' hebat kat negeri tu. Jawatankuasa ni pun takkan duduk saja.

Takkan la depa ni takdak inisiatif langsung nak jadi proaktif. Takkan depa dok sibuk mengadap ayat Allah dalam kitab kuning saja. Padahal 'ayat' Allah kat luar ni lagi banyak. Maksud aku lagi banyak ayat atau tanda kekuasaan Allah yang perlu penterjemaahan dari sgi ukum dan pengajaran.

KAlau betui la macam tu cara kerja padra mufti kat Malaysia ni, apa kata pihak 'media baru' ambik inisiatif pi tanya pendapat semua mufti kat Malaysia ni.

Kalau depa di tanya, aku yakin jawapan depa akan sama macam jawapan mufti Selangor tu. Biar kali ni kita pelaga pulak antara mufti dengan MB kat negeri-negeri.


Nota kaki makan cekam:  Nak buat macamana, tara tu ja mufti yang dok ada pun.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...