LHDN siasat Patrick Lim Badawi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 07, 2010

LHDN siasat Patrick Lim Badawi

Merdekareview melaporkan:
Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjejak pejabat Patrick Lim Soo Kit di Serdang, Selangor, baru-baru ini untuk menyiasat dan mengambil beberapa dokumen dari bilik peribadinya, menurut sumber yang enggan didedah namanya. 

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, Patrick Lim (gambar kanan) bangkit semasa zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, malah dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga bekas Perdana Menteri ini, kini berdepan dengan siasatan LHDN yang boleh mencungkil pelbagai tafsiran dari segi politik. - MerdekaReview
Nama Patrick Lim ni atau lebih terkenal sebagai Patrik Badawi mula terkenal bila dikaitkan dengan keluarga bekas PM Paklah Badawi.  Dia dikatakan sebagai pemain utama untuk keluarga Paklah. Malah Dr. Mahathir pernak keluarkan kenyataan kata 'Khairy and 'Patrick Badawi' rule Terengganu'

Patrich ni jadi 'keluarga Badawi' bila anak Paklah yang sulung Kamaluddin kahwin dengan Azrene yang merupakan anak saudara kepada Patrick Lim. Dari situ Patrik Lim kemdiannya berjaya menjadi Rakan Kongsi Utama, Kroni & Proksi keluarga Paklah Badawi.





Persoalanya,adakah siasatan LHDN akan melibatkan Khairy sama? Jangan harap!!! Takkan kroni Mahathir akan berani nak buat sampai macam tu. Dan depa pun tak perlu buat sampai macam tu. Cukup sekadar kalau depa boleh hapuskan kroni Khairy, kesannya akan turut dirasa Khairy.


Sama macam Khairy buat kepada kroni Mukhriz masa pemilihan ketua pemuda yang lepas. Bila kroni Mukhriz lingkup satu-persatu, akhirnya Mukhriz pun tak mampu nak lawan Khairy yang akhrinya tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno.


Nota kaki makan cekam:  Selepas Najib naik jadi PM ni, sapa pulak yang jadi kroni utama Najib? Takkan Vincent Tan kot? Dia sapa naik jadi PM  pun akan jadi kroni dia.
 

SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...